Tuesday, December 27, 2011

Sajadah Cinta

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat, tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT. Inilah apa yang Rasulullah katakan sebagai Ihsan.

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Manusia hanya akan kembali kepada Tuhannya apabila di dalam kesusahan. Jarang sangat yang sentiasa sedar akan Allah SWT di setiap saat kehidupannya. Manusia lebih mudah meminta tolong daripada manusia lain tanpa meminta bantuan Allah SWT terlebih dahulu.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

KepadaMu ya Allah kami sembah dan kepadaMu kami minta pertolongan. Apabila pergantungan kita total kepada Allah SWT, pasti rahmat Allah akan dimiliki dan jalan hidup akan diterangi.

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

SEDAR…… Apakah kita sedar atau sekadar tahu? Orang yang SEDAR pasti tidak akan menjauhi Allah SWT. Namun selama ini kita hanya sekadar tahu tetapi tidak sampai ke tahap KESEDARAN. Marilah kita sama-sama memiliki KESEDARAN yang tertinggi iaitu hanya Allah SWT tempat pergantungan kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Semoga jalan kehidupan kita dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diterangi oleh Allah SWT.

Thursday, December 15, 2011

Dan Sebenarnya...



Kini, masing-masing di lapangan masing-masing, haluan mungkin berbeza tapi hala tuju tetap sama. Mungkin orang rasa dia telah pergi sedang dia sebenarnya memilih untuk berada di lapangan yang padanya dia ingin untuk memberi. Jangan ingat dia telah pergi, dia MASIH memegang panji cuma bukanlah seperti dahulu yang seiring bersama.




Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah.Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya. Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.[Ust. Zaharuddin]

Wednesday, December 14, 2011

Dean List Kerana Allah :D




Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka..


Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali ana memandang seperti tidak ada yang silap.


Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.Matlamat yang disalahertikan Bagi kebanyakkan pelajar master di sini, dan ana percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Ana juga pernah meletakkan target sedemikian.


Timbulnya pendapat seperti di atas membuat ana sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, ana belajar kerana Allah. Namun ana tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?


Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah? Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.


Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?


Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha. Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.


Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?


Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.


Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


Kesimpulan : Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.


Tuesday, December 13, 2011

Ukhuwah Till Jannah

Ketika aku baca firman-NYA
Sungguh tiap mukmin bersaudara
Aku tahu
Ukhuwah tidak perlu diperjuangkan
Tidak perlu,kerana ia
Hanyalah akibat dari Iman



Aku ingat setiap pertemuan pertama kita ukhti sayang
Dalam 2 detik
2 detik saja
Aku telah merasakan perkenalan
Bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa
Berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala
Mereka telah muafakat
Meski belum saling sebut nama
Dan tangan belum berjabat



Ya,kubaca lagi firman-NYA
Sungguh tiap mukmin bersaudara
Aku makin tahu
Persaudaraan tidak perlu diperjuangkan
Kerana saat ikatan melemah
Saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan
Saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api
Dan saat kebaikan justru melukai



Aku tahu yang rombang bukanlah ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit
Atau menjerit
Mungkin kedua-duanya
Mungkin kau saja
Tentu terlebih sering
Imankulah yang compang-camping



Kubaca firman persaudaraan itu ukhti sayang
Dan aku semakin tahu
Mengapa kala lain diancamkan
Para kekasih pada hari itu
Sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain
Kecuali orang-orang yang bertaqwa....



Still lingers in my mind
I just break down and cry
Remember your eyes
Found a way to melt my heart
Most of all i remember
your smile...

Tuesday, December 6, 2011

--> . <--

Ana duduk keseorangan di luar malam semalam. Menikmati angin malam. Jam 10.30 malam.


Ana angkat kepala mendonggak ke langit. Kosong,tiada bintang.Tiba-tiba hanphone berbunyi, SMS masuk.


"salam, rindunya kt nur. Nur doakan akk kuat. Bila nur nk dtg sini? Byk benda nak sharing. Selalu ingat kt nur."


Huh! ana mengeluh kecil.SMS tidak berbalas.


Dan akhirnya,menangis sendirian......

Melabel...






Manusia sememangnya tidak sempurna. Tiada yang sempurna pun, jadi semua orang pasti melakukan kesilapan bukan? Apa yang kita tahu,kesilapan seseorang jelas kelihatan dari luaran tetapi kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati si pesalah. Faham? Mungkin ayat ana tidak tersusun di situ,tapi sekiranya tidak memahami abaikan saja.



Senarionya seperti ini :


"budak tu memang jahat pun,selalu menyusahkan hidup orang"...bla..bla...bla...


"kan aku dah cakap, budak tu memang selalu buat perangai".


"A'lah, dia tu bukannya baik sangat, harap dengan rupa jer...."


Selalu bukan situasi itu berlaku. bagi ana sendiri pun hampir setiap hari situasi ini berlaku. sangat mudah bukan untuk kita "melabel" seseorang berdasarkan luaran yang kita nampak.


"a'lah dah sah-sah perangai dia buruk macan tu..."


"betul ape yang aku cakap..bla..bla..bla..."


Pengalaman ana sendiri. ana lebih suka mendiamkan diri sekiranya ada mereka-mereka di sekeliling ana bersikap sedemikian. Diam dan berfikir. Kenapa ea mereka senang "melabel" orang lain sesuka hati. Ana sendiri kurang memahami. Ana lebih suka untuk cuba mempositifkan keadaan. Berbaik sangka adalah jalan yang terbaik untuk kita mematangkan diri. Bukannya mengambil jalan pintas untuk "melabel" seseorang. Lebih parah lagi kita "melabel" seseorang sehingga melibatkan hal-hal agama.




Sekiranya kita tidak tahu perkara sebenar,lebih baik kita berbaik sangka sahaja. Bukankah itu lebih mudah. Kita tidak punya hak sebenarnya untuk "melabel" diri orang lain. Khuatirlah dengan diri sendiri kerana kita sendiri tidak tahu adakah DIA "melabel" diri kita sebagai muslim yang baik atau tidak.





Pengalaman adalah guru yang terbaik. Yup, dari pengalaman juga akan membantu cara kita berfikir. Sangat rugi jika kita tidak mengambil pengalaman yang lepas untuk dijadikan sebagai iktibar dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Dan melalui pengalaman juga ana percaya bahawa lebih baik kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan daripada kita bercakap yang tidak sepatutnya.


Sahabat, hidup ini indah. Semua yang berlaku di sekeliling kita tiada satu pun cacat celanya. Tiada satu pun yang mendorong kita melakukan kesilapan atau dengan bahasa yang lebih mudah, menjadikan kita insan yang rugi. Baik buruk yang berlaku punya hikmah tersendiri. Hanya DIRI KITA SENDIRI yang perlu mengetahui bagaimana untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku itu memberi keuntungan pada iman dan amalan kita.


:: TARBIYAH BANYAK MENGAJAR ANA ERTI KEHIDUPAN ::