Saturday, November 20, 2010

Melupakan Dan Dilupakan


Manusia sering melakukan kesalahan yang sama. Ada yang berusaha untuk memperbaikinya dan ada yang tidak.


Mengapa tidak? Adakah kerana mereka enjoy melakukan kesalahan berulang kali? Tetapi, mengikut logik akal, bukankah setiap manusia mahukan yang terbaik?


Hairan, bukan?


Bukan mereka tidak ingin maju, tetapi mereka tidak sedar akan kekurangan diri yang ada pada mereka. Tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya sedang memudaratkan dan menzalimi diri sendiri. Inilah balasan kepada mereka yang lupa akan Allah.


Firman Allah dalam surah Taha, ayat 126 -127 "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal"


Apabila Allah melupakan kita, meninggalkan kita, apa akan terjadi pada kita?


Mata kita, hati kita, sudah tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Kita hanya seronok melakukan apa yang kita suka. Kita hilang kebolehan untuk melihat, memikirkan, memahami dan mengambil pengajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kita sudah "terhijab" dari melihat pintu-pintu kebaikan.


Manusia di sekeliling kita juga seperti tidak sedar akan keadaan kita dan selalu saja ada yang menghalang mereka dari mengajak kita ke arah kebaikan. Bahkan, sekalipun telah datang pesanan kebaikan itu kepada kita, kita sendiri yang akan mengendahkannya kerana kejahilan pada diri kita.


Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadaNya

- Al-A'raaf : 146


Ayuh renung sejenak, tentu ada orang seperti di atas yang dikenalimu. Kadangkala sedih melihat mereka dengan ideologi barat dan kafir mereka. Begitulah hukum Allah, ringkas.


Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka

- At-Taubah : 67


Hm.... Jadi bagaimanakah caranya untuk sentiasa mengingati Allah? Allah telah pun memberi petunjuk (hint) di dalam kitabNya.


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka

- Ali Imran: 190-191


Jangan hanya menyebut takbir ketika melatah. Bertasbihlah lalu bertahmidlah, lalu bertahlillah, terus bertakbir memaha besarkan asma-Nya.


Semoga kita beramal seperti seorang muslim sehingga kita berupaya melaungkan "saksikanlah, aku seorang muslim!" tanpa keraguan.


Wallahu'alam. Bersama kita amalkan. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang datangnya dari Allah adalah terbaik untuk kita.


Memaafkan Untuk Syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.


Jika kita seorang pelajar, selalunya kita akan berhadapan dengan sahabat, kawan sekampus atau sefakulti, group members dan sebagainya.


Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.


Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.


Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya:


"Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."


Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.


Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.


Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.


Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya,


"Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."


Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.


Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.


**********************************************

Ayuh, mula muhasabah diri... SIAPA KITA untuk tidak mahu MEMAAFKAN insan lain?? SIAPA KITA untuk membenci orang lain seenak hati...SIAPA?? SIAPA?? Andai kamu berfikir, Rasulullah sering disakiti dalam usaha dakwahnya. Tapi, Baginda tidak sama sekali membenci mahupun tidak memaafkan sesiapa yang telah menyakitinya..

BERFIKIRLAH


Nikmat kesihatan & kelapangan Waktu

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Banyak sangat perkara yang nak dikongsikan di sini. Terutama sekali tentang percutian, tapi biarlah ana simpan sendiri. Yang penting, sekarang ana bahgia, tenang, free, dan kepala sangat "ringan".

Tapi, sakit mula datang menyerang. Entahlah, mungkin faktor pemakanan. Penat sepanjang hari, pening, again something wrong with my heart.

******************************************************

FIRMAN Allah Taala bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nahl, ayat 18.

Antara nikmat Allah swt yang sering dilupai manusia ialah nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Pada hal kedua-duanya adalah sebesar-besar modal hidup dalam dunia ini. Bayangkanlah sekiranya seseorang itu ditakdirkan memiliki harta yang banyak, tetapi tiada kesihatan umpamanya. Apalah ertinya harta yang bertimbun itu kepada kehidupannya? Segala nikmat daripada kekayaan itu tidak dapat dinikmatinya.

Demikian juga dengan kelapangan masa, apa jua kerja sekalipun tidak dapat dilaksanakan, sekiranya tiada kelapangan masa. Justeru, maka ia adalah suatu nikmat yang besar, kerana tanpanya sesuatu kerja, urusan dan hasrat tidak dapat dilaksanakan. Contohnya, katakanlah seseorang itu hendak menziarahi ibunya yang sakit.

Bagaimana ia dapat melakukannya sekiranya dengan tiba-tiba dia jatuh sakit juga. Dengan demikian hilanglah hasratnya untuk berbakti kepada ibunya. Begitu juga jika badannya sihat, tetapi tiada sedikitpun masa lapang untuk dia berbuat demikian, kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian yang begitu banyak, maka tidak dapat juga ia memenuhi hasratnya itu.

Kesimpulannya, kedua-dua nikmat berkenaan memang besar ertinya kepada seluruh kegiatan hidup kita di dunia ini. Renungilah pengalaman hidup kita selama ini pasti akan meyakinkan kita bahawa kedua-dua nikmat tadi begitu besar sekali ertinya dalam kehidupan ini.

Justeru itu, Nabi saw mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud: “Dua nikmat di mana ramai orang yang terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa.” – Hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas.

Sesungguhnya setiap nikmat yang dikurniakan Allah Taala kepada kita adalah untuk disyukuri. Ia bukanlah suatu kelebihan dan kemuliaan, malah sebagai cubaan dan ujian. Justeru ia tidak menjadi ukuran di sisi Allah Taala. Bahkan yang menjadi ukuran Allah ialah keimanan dan ketakwaan.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu pada sisi Allah ialah yang paling takwa.” – Surah al-Hujurat, ayat 13.

Dan sekiranya nikmat itu suatu kemuliaan kepada manusia, sudah pasti semua rasul adalah orang yang paling kaya dan banyak harta. Sebaliknya orang-orang kafir sama sekali tiada diberi sedikitpun harta di dunia ini.

Mensyukuri nikmat itu adalah dengan cara mempergunakan dalam mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim dan Mukmin tidak seharusnya membiarkan masa dan kesihatan yang dimiliki ini berlalu begitu saja, tanpa sebarang aktiviti ibadah kepada Allah, baik secara individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dalam mensyukuri segala nikmat-Nya yang melimpah ruah dan melindungi kita semua daripada segala perkara yang boleh melalaikan kita daripada-Nya.

Tuesday, November 9, 2010

Pengajaran Kehidupan (3)


Dalam sedar tak sedar, hari ni genap seminggu sebelum berakhirnya alam kampus. Finally, ana akan menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal training di Batu Pahat. Alhamdulillah, ada sebab kenapa ana ingin berpraktikal di sana. Faktor utama dan paling penting dalam kehidupan ana adalah kerana DAKWAH & TARBIYYAH.

Dan, at last, ana telah menjumpai sahabat kampus yang selama ini ana cari. Sahabat yang akhirnya banyak membantu ana. Sahabat yang benar-benar menganggap ana adalah sahabat dan tidak akan menyakiti dan mempermainkan hati dan perasaan ana.

ALLAH Maha Kuasa. DIA yang mengaturkan segala pertemuan. Kerana pertemuan ini, ana belajar erti kehidupan. Segala ujian dan dugaan yang ana tempuh selama ini, mampu mengajar ana untuk lebih bersedia melangkah dalam kehidupan bermasyarakat.

Terima Kasih sahabat. Sahabat yang pernah bersama ana selama ini. Sahabat yang selama ini ana sanjung dan ana kasihi. Mungkin ana tidak pernah menyatakan perasaan ini pada mereka, tapi sedar dan ketahuilah, tidak semua ungkapan sayang itu mampu diungkapkan secara terang-terangan.

Walau apapun yang menimpa ana, tidak pernah sedikit pun ana terasa dan bersedih hati. Cuma, pada awalnya ana bermati-matian dan berjuang sehabis mungkin untuk merawat luka dan sakit di hati ana.

Doa ana, semoga semua sahabat yang ana sayangi dapat menjalani latihan praktikal sebaik mungkin dan berjaya dunia akhirat...

Ribuan ampun maaf daripada ana. NURHAZIEMAH MUHAMAD ZAHARI. Usah ditanya kenapa..Kerana gerak hati ana kuat untuk menyatakan..Sahabat ana adalah terbaik...

*********************************************************

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Mostly Dedicated For:

Nurul Ashykin, Norazirazila, Ika Sofea, Mohd Nabil Iskandar, Siti Faidatul Afdzan

Nazarian, Razilah, Nurul Izzati



Monday, November 8, 2010

Sahabat Untuk Sahabat




“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”


Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

Thursday, November 4, 2010

Untuk KAMU


YaALLAH...
Aku rindu...
Rindu pada mereka yang bergelar sahabat...
Sekiranya ada perkataan lain, ak
an aku gunakan buat mereka...

YaALLAH...Aku benar-benar rindukan mereka...
Aneh YaA
LLAH...
Aku sering mengatakan kerinduan ini tapi sehingga sekarang ianya tidak pernah Padam...

YaALLAH...
Sungguh...Rinduku pada mereka memang tidak akan ada Akhirnya...
Tidak akan pernah Pa
dam...
Ianya pasti akan sentiasa kekal sebegitu...

YaALL
AH...
Setiap kali kerinduan itu datang...
Mohon YaALLAH, kuatka
n hati ini...
Jangan sesekali air mata ini jatuh ketika rindukan mereka...

YaALLAH...
Sekiranya kerind
uan ini datang...
Berikan rahmat kepada kehidu
pan mereka...
Lapangkan hati mereka YaALLAH...
Kerana merekalah aku dapat merasa kemanisan Ukhuwah...
Kerana merekalah, aku kuat di jalan ini...
Mereka lah yang sentiasa berada di hatiku selepas cintaku KepadaMU...

Usahlah perkataan ikhlas aku coretkan disini...
Usahlah perkataan mujur aku u
ngkapkan disini...

Kerana aku sentiasa PERCAYA...
Engkau telah aturkan PERTEMUAN kami kerana ia punya HIKMAH tersendiri...
Ia punya makna sendiri...

Sungguh YaALLAH...
Kerinduan ini Tak kan mudah PADAM dan cintaku kep
ada sahabatku akan kekal SELAMANYA...




"YaALLAH...tika kau hadiahkan aku sahabat, kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu..Kau jadikanlah hatinya berlapand dada menerimaku...Kau jadikanlah sahabatku ini teman seperjuangan ku...Peniup Semangat jihadku...Saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu..Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu...Teguhkan atas cinta padaMU...Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMU...YaALLAH, bahgiakan hatiku dan sahabatku dengan cinta KepadaMU...ameen...