Wednesday, September 29, 2010

Program


3 minggu terakhir sebelum final exam..Masih berprogram..Baru-baru ni, IKRAM segamat berjaya mengadakan konsert Hari raya..

Sambutan agak kurang,tapi suasana tetap meriah...

2 - 3hb Oktober akan diadakan TAMRIN Mahasiswa di Kersana..InsyaALLAH, semoga berjalan lancar...

17hb Oktober akan diadakan ziarah IPT... 1st tim
e ana involve ziarah ni...Preparation tengah diusahakan....Semoga semuanya dipermudahkan urusan

***********************************

Minggu-minggu terakhir ini juga, masa KRITIKAL untuk ana..Segala tugasan perlu dihantar, note dan buku harus ditelaah, test dan quiz yang berderet...

Kali pertama dalam hidup ana, "Marathon Demam Terjadi" Sekarang masih belum sihat sepenuhnya..Demam + Batuk + Selesema = Pakej Kafarah Terbaik...

Sekarang, jam 2.45..Masih berjaga seperti biasa..Study Strategic Management...Kepala mula pening dan sekarang berehat sebentar di teratak blog.. "Rindu Sama Blog" haha




Warna Kehidupan




Tersenyum Kembali

Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Friday, September 24, 2010

Tak Kan Sama

Ana sebenarnya merindui design blog ana yang lama..Entah, segala themes yang ana cuba,tapi masih tak sama dengan apa yang ana inginkan... Yup, teori ana..Dari dulu, sehingga sekarang..

Yang baru memang tak kan sama dengan yang lama..Perubahan demi perubahan yang ana rasakan..Perpisahan demi perpisahan..Kenangan demi kenangan..Yang pasti..Masih yang baru tak kan sama dengan yang lama...

Haha..(tergelak sendirian) Maaflah readers sekalian..Ini diari maya ana..Jadinya, hanya ana memahami maksud tersirat dan tersurat dalam setiap ayat yang dicoretkan..

I'm Back

Alhamdulillah, semuanya indah...Dugaan itu indah, ketenangan itu indah, kegembiraan itu indah, kesedihan itu indah, kesakitan itu indah, ukhuwah itu indah...Semuanya Indah...

Ana kembali mencoret sesuatu di sini..Bersama semangat yang menantiasa bersama, bersama hati yang menantiasa kuat..Yup, no more tears Nur...

Inilah kehidupan...Itulah ujian yang ditakdirkan atas diri ana..Syukran kepada yang memahami dan menemami..Dalam doa atau kata-kata semangat yang dikirimkan..

***************************************************************************

Baru-baru nie, ana ke kuching sarawak..Menyiapkan research on agro in marketing..Now, so many thing to do.A lot of Assigment, Test, Quizes, and Final presentation..This is my life..Learn until the end of my life...

Alhamdulillah..semasa ana di UiTM Samarahan, ana di"offer" oleh my beloved lecturer Mr.Lee untuk sambung Master in Marketing di UiTM Samarahan..Dan dalam masa yang sama juga, Mr.Lee promote dan introduce ana dengan En.Ghazali..En.Ghazali ini yang selalunya akan menguruskan segala pemohonan untuk sambung Master di sana..

Hati sedikit berbunga..tapi, ana mempunyai cita-cita dan impian sendiri..Overseas..

Dengan semangat baru sekarang, ana sambung kembali perjuangan..Study Hard 4 da future of ISLAM..Sebenarnya, kata-kata ni dah semakin sebati dalam diri ana..Terima kasih pada seseorang yang menulis kata-kata semangat ini ketika kem khalifah profesional (PERMAS) 2006..



Wednesday, September 15, 2010

Pasrah Segalanya

Perkongsian lirik lagu dari Dehearty. Sudah lama lagu ni, namun liriknya tidak akan lapuk barangkali dan mungkin juga pasti, ana kongsikan sekadar ingatan kepada diri yang mahu menyedari, Ya Sami'...Ya Bashir...Ya Hakam...Ya 'Adl...Sesungguhnya Engkau tetap dengan sifat2Mu itu, Ya Baari'...aku redha walaupun dengan imanku yang lemah setiap perancanganMu, insyaAllah kepada kalian juga, redhalah semampu mungkin walaupun dengan iman yang lemah, namun sama2lah usaha untuk menguatkan...insyaAllah.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Dugaan Itu Mudah, Namun Natijahnya Bukan Indah, Carilah Hikmah, Moga Kutemu Anugerah...

Berwajah Baru

Make it simple

Mengemas teratak blog yang sangat bersepah...Entah, mula jemu dengan layout yang lama..Jadinya, ana tukar yang baru..

***************************************

Note: Mood masih belum stabil untuk mencoret sesuatu

Thank YMY 242 for the Tasbih..Luv it so much..Pengganti tasbih ana yang hilang BEBERAPA tahun lepas..

Tuesday, September 14, 2010

Kembalikan Syawalku...


KEMBALIKAN SYAWALKU...

KEMBALIKAN SYAWALKU...
KEMBALIKAN SYAWALKU...



***********************************
Now: Ana berusaha untuk siapkan segala assigment, note...

No biscuit or kek raya kt sebelah
Alone... sunyi... sepi...

Friday, September 3, 2010

Kebiasaan

Kebiasaan itu mungkin perkataan yang sesuai untuk ana dalam setiap keadaan...Kerana kebiasaan itu, hati ana seperti kuat dan lemah dengan sendirinya...Masakan tidak, walau apa pun yang berlaku, ana sering kali diperlakukan sebegitu

Hati dan perasaan ini kadang kala seperti dibiar dan dicampak ke mana-mana...Kebiasaannya, setiap kesalahan dan kesilapan dilakukan orang lain akan jatuh juga kepada ana...Kadang kala setiap kebaikan yang dilakukan mengundang perasaan kurang enak kepada sesetengah pihak...Ana sangat menyedari kadang-kadang ana curiga di hati kamu, ada ketidakpercayaan yang hadir...Tapi, ana diam dan biarkan semuanya...Cuma hati, perasaan dan DIA yang mengetahui betapa ana cuba kuatkan diri ana untuk menghadapi setiap apa yang berlaku...

Bukan kehendak ana atas segala yang berlaku..Bukan kehendak ana dengan setiap apa yang ana perolehi sekarang..Andai kamu semua mengetahui, setiap kebaikan dan kejadian yang berlaku ke atas diri ana mengundang resah di hati ana..Kerana ana menyedari pasti sesuatu berlaku...salah faham, iri hati, dan sebagainya...

Ana CUBA untuk menghadapi segalanya dengan hati yang tenang..Berbekalkan kekuatan hati yang kadang kala kian menipis..Ana anginkan setiap kata-kata menghiris hati, dengan setiap jelingan mata, dengan setiap kelakuan yang sangat tidak menyenangkan hati ana...Kerana ana anggap ujian itu datangnya dari-NYA jua...CUMA kadang kala ana sering bertanya

"Ya ALLAH, kenapa aku sering menghadapi ujian sebegini, kenapa aku yang perlu memulakan segalanya, kenapa mesti aku untuk menghulurkan tangan meminta kemaafan meskipun aku tidak pernah kuat untuk itu...Kenapa Ya ALLAH, kenapa??...."

Ana sedih dengan setiap apa yang berlaku..Ketahuilah, ana tidak sekuat yang disangkakan...Serius, ana sangat sedih diperlakukan sedemikian, sangat sedih dengan setiap salah faham yang melanda, sedih andai ada curiga di hati kamu semua... ='(

********************************************************************************

KETAHUI:

* Ana sangat sayangkan kamu semua..Sahabat-sahabat B5M1.sangat-sangat sayang..cinta ana kepada kamu adalah cinta dan kasih sayang kerana ALLAH..Kerana ana mengharapkan pertemuan dan perpisahan berlaku diredhai oleh-NYA



* Ana tidak kuat dan tabah dalam sesetengah perkara...Tapi, ana cuba seberapa daya yang mampu untuk terus bertahan...

Thursday, September 2, 2010

SYAHIDNYA SEORANG MUJAHID


29 Ogos 2010 genaplah 44 tahun Allah Yarham Sayyid Qutub syahid di tali gantung. Beliau dibunuh pada pagi hari isnin 29 Ogos 1966.

Seorang daripada dua anggota tentera yang ditugaskan menjaga al-marhum menceritakan pengalamannya bersama beliau ketika dalam penjara dan pada saat-saat beliau dibunuh.

“Di sana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat kami gambarkan telah menyebabkan berlakunya perubahan secara menyeluruh dalam hidup kami. Di dalam penjara al-Harbi, setiap malam kami menerima beberapa orang individu atau sekumpulan orang dewasa, anak-anak muda dan wanita-wanita. Kami diberitahu bahawa mereka ini adalah para pengkhianat yang berkerjasama dengan Yahudi! Kita mesti membongkar rahsia mereka. Dan untuk tujuan itu tiada jalan lain kecuali dengan mengenakan siksaan yang paling maksimum. Pukul mereka dengan menggunakan pelbagai jenis tali dan tongkat yang boleh mencarik robekkan daging-daging mereka!

Kami laksanakan arahan itu dengan keyakinan bahawa kami sedang menjalankan tugas kami yang mulia. Namun tidak berapa lama kami rasa diri kami sedang berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat kami tafsirkan. Kami melihat para ‘pengkhianat’ ini begitu bersungguh-sungguh menjaga solat di waktu malam. Lidah mereka hampir tidak putus menyebut Nama Allah sehinggakan pada waktu mereka didera. Bahkan terdapat di kalangan mereka yang mati dibelasah dengan tongkat atau diterkam anjing yang ganas, namun begitu mereka tetap kelihatan tenang, bibir mereka mengukir senyuman sambil menyebut-menyebut Nama Allah.

Dari situ, perasaan ragu mula menyelinap ke dalam hati kami. Tidak masuk akal orang-orang yang beriman seperti ini, yang sentiasa berzikir menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh Allah. Saya bersepakat dengan rakan setugas saya secara senyap-senyap untuk mengelak daripada menyiksa mereka ini sadaya mampu kami dan memberikan apa saja pertulungan yang terdaya oleh kami.

Dan dengan rahmat Allah serta kurnia-Nya tempoh kami ditugaskan dipenjara itu tidak lama. Tugas kami yang terakhir ialah mengawal sel seorang tahanan yang diasingkan dari yang lain. Mereka memberitahu kami bahawa tahanan yang seorang ini adalah yang paling berbahaya, atau dia adalah ketua mereka! Dialah yang merancang dan mengaturnya. Dia disiksa dengan teruk sehingga tidak mampu untuk bangun. Mereka terpaksa mengangkat dan memapahnya ke Mahkamah Tentera yang memutuskan hukuman mati ke atasnya. Malam terakhir sebelum dilaksanakan hukuman mati ke atasnya, mereka membawa masuk ke selnya seorang syeikh supaya memberi nasihat dan peringatan kepadanya. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi saya dan rakan setugas saya memegang tangan dan memimpinnya menaiki sebuah kereta. Di dalamnya terdapat beberapa orang yang dikenakan hukuman yang sama dengannya. Di belakang kereta yang kami naiki terdapat beberapa buah trak tentera lengkap bersenjata konon untuk mengawal mereka.

Di pelantar tempat pelaksanaan hukuman gantung tersedia tali-tali sebanyak individu yang dikenakan hukuman. Di sisi setiap tali berdiri seorang tentera menggalas senjata masing-masing dan seorang petugas yang siap sedia menunggu arahan melaksanakan perintah menjerut leher mangsa.

Apa yang mengkagumkan saya ialah kalimah-kalimah yang dihamburkan oleh oleh mereka yang berhadapan dengan kematian kepada kawan-kawan yang senasib dengan mereka. Mereka saling mengucap tahniah, memberi khabar gembira akan bertemu di syurga yang abadi di samping Muhammad serta sahabat-sahabatnya. Dan mereka akhiri percakapan dengan kalimah mereka yang terakhir: الله أكبر ولله الحمد

Pada saat yang penuh debaran ini, tiba-tiba terdengar deru kereta menghampiri kemudian berhenti. Sebentar kemudian keluarlah dari kereta itu seorang yang berpangkat besar lalu menghampiri tahanan yang saya jaga. Dia memerintahkan supaya penutup mata tahana itu dibuka dan tali yang mengikat lehernya ditanggalkan. Kemudian dia berkata dengan nada songbong:

Wahai saudaraku, wahai Sayyid! Aku datang kepadamu membawa hadiah kehidupan daripada Tuan Presiden yang sangat pengasih dan penyayang. Dia hanya meminta kamu tandatangani satu perkataan sahaja. Lepas itu kamu boleh minta apa saja yang kamu mahu untuk dirimu dan saudara-saudaramu itu!

Tanpa menunggu jawapan daripada Sayyid, pegawai berpangkat tinggi itu membuka buku catatan yang ada di tangannya seraya berkata: Ya akhi, kamu tulis di sini ayat ‘sesungguhnya aku mengaku salah dan aku memohon maaf’.

Sayyid mengangkat kedua-dua matanya yang jernih. Di wajahnya terpancar senyuman manis yang tidak mampu kami sifatkan. Dengan tenang yang menakjubkan dia berkata kepada pegawai berpangkat tinggi itu:

“Selama-lamanya tidak mungkin! Aku tidak akan membeli kehidupan yang sementara ini dengan dusta yang tidak akan terpadam selama-lamanya!”

Pegawai itu menjawab dengan nada sebak yang dibuat-buat: “Tapi kamu akan mati Sayyid…”

Sayyid menjawab: “Marhaban (selamat datang) kepada mati di jalan Allah…!”

Dan tiada lagi ruang bicara. Pegawai mengarahkan agar hukuman segera dilaksanakan.

Maka terkulailah jasad Sayyid serta saudara-saudaranya di tali gantung. Di bibir mereka terpantul kalimah yang tidak mampu kami lupakan selama-lamanya: لا إله إلا الله محمد رسول الله

IFTAR Terakhir

Iftar terakhir sebelum meninggalkan segamat...YaALLAH, mula menerima kenyataan..Kenyataan ana akan meninggalkan bumi segamat ini...

Bumi yang ana mengenal keindahan ISLAM
Bumi yang mengajar ana erti perjuangan
Bumi yang menerima curahan air mata saban hari, saban waktu...
Bumi yang membina kubu kekuatan hati ana...
Bumi yang mengajar 1001 ragam manusia
Bumi yang membawa ana kepada hubungan yang dinamakan ukhuwah fillah itu
Bumi yang mendewasakan ana..
Bumi segala-galanya...

Malam ini, mungkin sedikit berbeza...Suasana bersama adik-adik hampir ke penghujungnya...Sebelum ana mula ke latihan industri semesta hadapan..

Seperkara yang ingin ana nyatakan di sini...

" Maafkan akk..mungkin ada yang menyedari akk mula menjauhkan diri dari melakukan pelbagai urusan IN-SOFT..Bukan sengaja akk lakukan itu semua tetapi akk ingin mengajar adik-adik semua tentang urusan dan gerak kerja IN-SOFT..dari HEA,HEP, Bendahari dan sebagainya..Supaya ianya sebati dalam diri adik-adik...Akk ingin dedahkan terus mengenai gerak kerja dakwah ini kerana inilah yang akk menerima dulu..Tetiba ditinggalkan dengan amanah walaupun serasa belum layak..Tetapi yakinlah, kita insan terpilih untuk amanah ini..."

Dengan setulus hati, berat untuk ana tinggalkan ini semua...Sebulan lebih lagi untuk ana menikmati ini semua...YaALLAH, dapatkah ana menjumpai ini semua di dunia luar sana? Bimbingi ana YaALLAH, jangan walau sesaat pun Engkau tinggalkan hambamu ini...