Saturday, July 24, 2010

Housemate Classmate

Ana tertiba banyak kisah yang nak berkongsi dengan anda selepas meninggalkan dunia blog buat seketika..Kali ini menyentuh bab housemate ana...

Urmmm...ana berpindah ke rumah sewa baru disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan...Ana sememangnya bersyukur dan sentiasa melihat setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...

Ana membuat posting ini adalah dengan tujuan berterima kasih dan ingin berkongsi tentang kebaikan housemate ana kepada anda para pembaca...

Kebaikan yang mereka lakukan sehingga berbekas di hati ana ialah peristiwa ketika ana sakit sebulan yang lalu...Ana disuspek denggi dan suhu badan yang agak tinggi...Ana dijaga dengan baik sekali sehingga sebelum mereka ke kelas, sempat lagi mereka berpesan supaya jage diri dan makan ubat..Tidak cukup dengan pesanan melalui mulut, ana terima juga pesanan SMS mengingatkan ana supaya makan dan sebagainya..Serius ana sangat terharu...

Seperti posting ana yang sebelum ini, ana sentiasa bersyukur kerana setiap insan yang hadir dalam hidup ana pastinya insan yang cukup istimewa dan mempunyai kebaikan masing-masing... Dengan kehadiran insan seperti mereka ini, ana seolah-olah dapat merasakan bahawa DIA tidak akan membiarkan ana keseorangan...dalam susah mahupun senang..

Syukur yaALLAH atas kurniaanMU..Jagalah hubungan ini dan bimbingilah setiap perjalanan hidup kami...


No comments:

Post a Comment