Monday, May 31, 2010

Kaunter Pertanyaan...

Alhamdulillah, baru selesai Test 1 Managerial Economic...Agak susah sebenarnya...Tapi, walau apa pun, kaki mesti melangkah ke hadapan dan perbaiki lagi prestasi...

Kaunter Pertanyaan, InsyaALLAH, ana akan bercuti dari 2 - 7 Jun 2010 disebabkan lecturer ana pergi bercuti...Ana berharap sekiranya terdapat program-program yang bermanfaat untuk mengisi kekosongan diri ana ini...


Note 1 : Rindu pada KBM...Amat...

Kesakitan Apakah Ini??

Mengenangkan saudara-saudara ku yang berjuang...Hati ini seperti pedih...Satu kesakitan yang lain dari kebiasaan...Betapa tinggi nilai pengorbanan yang mereka letakkan...Alangkah bahgianya sekiranya SYAHID itu milik mereka...

Yahudi...Israel....Satu kesakitan yang lain pula...Betapa hati ini begitu benci dengan perbuatan sesuka hati mereka... Sehingga saudara-saudaraku di sana menderita terseksa....

Ana bukanlah yang terbaik untuk menyatakan isu ini, tetapi ana begitu sensitif dengan hal sebegini...Cuma satu yang ana ingin sampaikan, masalah Palestin bukan hanya masalah negara. Tetapi ini adalah masalah ummah...Dan kita semua akan diperhitungkan...Ana, Kamu, Kita semua pasti diperhitungkan...Apakah yang kita lakukan untuk saudara-saudara kita di sana?? Sejauh mana kepedulian kita tentang isu ini??

"Ayuh, teruskan menembak doa untuk mereka di sana"


Aku Peduli...

InsyaALLAH, esok pagi ana ada test Managerial Economic. Sepatutnya hari ni, tapi disebabkan lecturer ana ade meeting, jadi ditangguhkan esok. Tapi, ada perkara yang lebih serius menganggu fikiran dan hati ana sekarang. Perasaan yang kurang enak namum bersyukur kerana itu tandanya hati ana masih punya sensitiviti dan sememangnya semestinya sebegitu sekiranya ianya berkaitan dengan saudara-saudara ku tersayang...

Hati ini sangat-sangat berasa sedih dan tidak enak..seolah-olah tidak mampu utk bergembira, ketika saudara-saudaraku disana sdg berjuang melawan musuh. Tak mampu rasanya nk bergelak tawa sedangkn saudaraku disana sdg kesakitan, ketakutan, kedinginan..diatas kapal yg dikelilingi musuh!!

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari umatku"

Hari ini inbox phone ana dipenuhi dengan mesej-mesej perkembangan kapal-kapal bantuan untuk ke Gaza yang telah ditawan dan diserang..Hati kembali sebak, tapi cuba disembunyikan sebaik mungkin dari pengetahuan housemate yang lain...Ya Allah, hanya doa yang hambamu titipkan untuk membantu mereka di sana...

Doa Qunut Nazilah

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMU

Di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMUDaripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah

Leburkanlah kempulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilahkan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kpd mereka
Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum
Wahai Tuhan Yang bersifat murka


Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan Yang mengerakkan awan
Wahai Tuhan yang mengalahkn bala tentera al ahzabKalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami keatas mereka

" Ya ALLAH, lindungilah mereka Ya ALLAH...Ana difahamkan juga Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.

Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Ana membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.

Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.

Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.

Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?

Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

********************************************************************************************************************

Ayuh, saudaraku....Ana mohon doa dari anda semua yang membaca posting ini...Lakukan solat hajat dan terus-terusan titipkan doa untuk saudara kita di sana...

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.

Tuesday, May 25, 2010

Something Interesting...Our Spageti..

1) Bahan-bahan.....MyEm0.Com


2) Bahan yang dah siap dipotong...(Tetiba gambar adik ana ade ek?? Menyibuk jek ABBY...) MyEm0.Com

3) Memasak bahan....MyEm0.Com

4) Spageti ^_~!! Almost done...

5) 90% almost done...MyEm0.Com

6) Taraa MyEm0.Com...our Spageti..YMY..opsss Yummy.....

Monday, May 24, 2010

Kau yang ku panggil Sahabat...


Alhamdulillah, baru menyiapkan assingment ME (Managerial Economic)..Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan diberi pemahaman menjawab...

Dalam ana menyiapkan assigment tadi, ana secara tidak sengaja disedarkan dengan satu pertanyaan dari K.YMY...pertanyaan mengenai memperbaiki hubungan dengan seorang sahabat lama ana...Ana awalnya sedikit sedih tapi ana kuatkan keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku pastinya ada hikmah..Dan ana yakin juga, melalui K.YMY, mungkin ALLAH ingin meyedarkan dan memberi peringatan kepada ana tentang pentingnya menjaga hubungan sesama manusia....Secara tidak sengaja, syukur meresap ke dalam diri..Syukur Ya Allah, Syukran K.YMY...

"Ya Allah..jika aku salah, teguri aku. Jika aku terlupa..ingatkan aku. Jika aku tidak tahu..ajarin daku..dan jika aku kelelahan...pimpinlah daku!!!"

Sebenarnya pernah juga ana terfikirkan perkara ini, kadang-kadang ana bermuhasabah...Antara mencari kesalahan orang lain dan mencari kelemahan diri...Antara benar dan salah...Dan sebagainya sehingga satu tahap juga ana bumikan segala-galanya dan biarkan masa menentukan...

Akhirnya, kau yang ku panggil sahabat...selamanya akan sebegitu...Sahabat dari mula hingga akhirnya, kerana berdosa sekiranya seorang mukmin memutuskan hubungan dengan saudaranya...Dan setiap apa yang berlaku, sekarang ana jadikan sebagai pengajaran bukan pengukur untuk menilai diri kamu...Dan setiap 1 keburukan itu sudah ana bungkus dengan 1001 kebaikan dari kamu...Sekiranya kamu mengetahui...

Dan seperti biasa yang berlaku, kesakitan yang dirasai biarkan ana melaluinya...Kerana....


"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Biarkan lah segala kepahitan itu untuk ana telan sekiranya DIA menjanjikan sesuatu yang lebih berharga untuk saham di SANA nanti...

"Bila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan…maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Tapi….sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal...”

Masih mengumpul kekuatan untuk melafazkan "maaf" kepada
kau yang ku panggil sahabat...Ya ALLAH berikanlah sedikit kekuatan itu walaupun kebenaranya hanya Engkau yang mengetahui...

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa padaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada –Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran”- Al Baqarah 2:186





'Aduhai Cinta..Milik Siapakah Ia?'


Alhamdulillah, Persatuan Belia Al-Huda Masjid Al'Azim Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan kerjasama iLuvislam.com akan menganjurkan satu forum menarik, khas buat semua rakyat Malaysia.

Forum bertajuk 'Aduhai Cinta..Milik Siapakah Ia?' akan menampilkan 2 orang pakar dalam bidang cinta dan kekeluargaan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program :

Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 11.45 malam
Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Yuran : Percuma!

Moderator :


Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com)
Ahli Panel :

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Penulis buku topseller dan penulis di saifulislam.com)
2. Puan Fatimah Syarha (Penulis novel bestseller Tautan Hati)

Apa lagi, jom masukkan 'event' ini dalam diari masing-masing dan jumpa anda di sana!

Semoga bermanfaat untuk ummat. ^_^

Saturday, May 22, 2010

Berita Kelahiran


Alhamdulillah, lahir seorang lagi Mujahidah...Mujahidah yang InsyaALLAH bakal memberi 1001 kebahgian dan kedamaian untuk sahabat perjuangan ana Siti Salha dan suami...

selamat dilahirkan pada 20 May 2010
Jam 5.30 pagi

Nama Baby :

Siti Nur Syifa' Armia



Mabruk buat uminya Siti Salha Mat Salim
dan abinya Akhi Solihin

Curi ayat Aunty ATIQAH jap:

"Ni nak panggil nama ape ea, syifa' ke armia... panggil nur or Mia pun bleh la hehehehe :p ( suke hati je mcm anak sendiri lak)"

Note 1: Untuk Aunty Kathy and Aunty Tiqa, kalau nak ziarah umi Salha ni, jangan lupa ajak ana (Kakak Nur'z) huhu

Note 2: Penaung Ibu Muda The Club, Umi Salha, diikuti Aunty Kathy and bendahari Aunty Tiqa...

Note 3: Ke"merepekan " melanda diri akibat dari beberapa faktor tersendiri...haha...

Note 4: Rindu antum semua and Baby...

Friday, May 21, 2010

Untuk Mereka...


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk beramal..Masih punya kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang...Ana sebenarnya agak lama meninggalkan dunia blogger ni, bukan tiada kisah menarik tapi agak kekurangan idea dan minat untuk mengarang sesuatu untuk sesiapa yang meng'follow' blog ana...

Kedua:
Agak lain sedikit posting ana kali ini.Semuanya ana tujukan khas untuk sahabat ana tersayang yang akhir-akhir selalu menghantar kata-kata semangat dan maklumat-maklumat program yang terbaru...

Kepada : Sahabat2 ana

"Salam, kehadapan sahabat-sahabat ana yang selama ini sentiasa berada di hati ana, syukran dengan kehadiran antum banyak membantu diri ana...Dari mula ana kenal dunia usrah, sehinggalah ana kenal apa itu tarbiyyah dan dakwah..ana kenal apa itu pengorbanan..ana kenal kemanisan ukhuwah...ana rasa apa itu kemanisan iman...Syukran juga segala keprihatinan antum walaupun agak lama kita tidak berkumpul bersama...Rasanya ada sahabat yang sudah bertahun ana tak berpeluang untuk berjumpa dan hanya mengikuti perkembangan melalui FB dan blog-blog yang aktif...

Ana sangat dan teramat rindukan antum semua...Ana rindukan program untuk kita berkumpul bersama...Ana rindukan saat kita bergerak kerja bersama...Dan kerinduan ini akan berterusan sehinga satu saat nanti, kita akan berkumpul semula...Pasti ketika itu, ana akan lepaskan segala-galanya apa yang ana rasa dan lalui kepada antum walaupun dengan tunjukkan kegembiraan ana...

Sungguh, beberapa program yang menjadi target ana untuk join belum ada kesempatan lagi...InsyaALLAH, mungkin tidak lama lagi...Sungguh, kerinduan ini semakin memuncak...

Benarlah, sekali kita rasa selesa dengan tidak melakukan apa-apa gerak kerja, kita akan rasa kelainan...Rasa satu kekurangan...Seperti susah untuk merefresh iman kita sendiri...

Sahabat, kalian sentiasa dalam ingatan ana, dalam doa ana, dalam setiap gerak geri ana...Ana sentiasa membawa kalian semua dalam setiap perkara yang ana lakukan supaya kurang rasa rindu ini di hati....

Ana doakan antum semua sentiasa bersemangat...sentiasa dipermudahkan segala gerak kerja...Diberi ketabahan hati...Ana sentiasa doakan yang terbaik...Ana berusaha untuk menyusul antum semua selepas ini...

Akhir, Ana Uhibbuki Fillah..."

Ikhlas : Nur'z



Wednesday, May 12, 2010

I want To be...

Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

( Nur : i want to be!!!!! )

Khas untuk Adik-Adik

Idea untuk mencoret tiba-tiba datang..Ana disini untuk mencoret sesuatu untuk adik-adik ana..Especially to : Hanin, Dayah, Ida, Hajar, Ummul, Niza, Aniz, Sukma, Nina, Hani, dan lain-lain...

Ana ingat lagi ana Dayah datang ke rumah ana untuk pulangkan barang-barang IN-SOFT, hati ana sedih sebenarnya..Dayah dah part 6 dan mungkin next sem dah tak ada di kampus..Ana salam dan peluk dayah..Tiada kata-kata yang keluar dari mulut ana selain "jaga diri ye dayah"...
MyEm0.Com
Disini, ana ingin nyatakan, K.NUR sayang sangat3 adik-adik semua... Terima kasih bergerak bersama-sama dalam IN-SOFT..Banyak sangat kenangan yang terindah..Terlampau banyak...Susah senang berprogram dan semuanya...

Ana tak tahu juga, macam mana ana luahkan segalanya di dalam hati ana..Adik-adik yang ana temui adalah adik-adik yang hebat dan terbaik...

Ikhlas sepenuh hati : K.Nur terlampau sayangkan adik-adik semua kerana ALLAH...sayang yang teramat...

Seperti tiada...

Alhamdulillah, sekarang masih berada di kampung...Mungkin petang sikit akan berangkat ke banting selepas 3 hari jaga nenek...Tadi merayau-rayau di blog sahabat-sahabat, menjelajah facebook...Hati ini kembali sedih, emosi kembali terganggu... Satu perkataan yang hadir dalam diri ana, ana "seperti tiada"... Ana rindukan zaman dulu-dulu...Tapi, ia tetap tidak akan kembali lagi...

Ana cuba untuk meletakkan diri dan perasaan orang lain dalam diri ana sehingga ana pendamkan semua perasaan ana sendiri..ana bumikan semuanya untuk orang lain sehingga satu tahap ana sudah tidak punya perasaan...Ana ingin berkongsi bah kan pernah berkongsi rasa hati dan masalah ana, tapi "seperti tiada yang memahami"...Ana "seperti ditinggalkan"..dan again ana "seperti tiada"...

Kadang kala terasa diri ini sudah tidak diperlukan...Tapi, ana bukan selemah itu..Kerana apa yang ana lakukan bukan untuk perhatian dunia, tapi untuk DIA... Ana kadang kala cemburu, tapi ana gantikan cemburu itu dengan dengan sesuatu yang selayaknya ana cemburu..Seperti cemburunya ana dengan seorang yang mati syahid agar terubat segala kesakitan ana...

Ana masih terasa hangat tangan seorang sahabat yang selalu menenangkan ana ketika ana keseorangan menghadapi saat-saat sukar untuk membuat pilihan, disaat orang lain mempermainkan diri ana sesuka hati, disaat mata-mata mereka yang memandang ana dengan pandangan yang tidak menyenangkan...Inilah hakikat yang dilalui NURHAZIEMAH MUHAMAD ZAHARI sepanjang hidup di kampus dan selagi berada di sana...

Hati mana tidak terasa...Diri ana masih memburu ilmu untuk perbaiki diri, ana juga seperti mereka yang masih mencari.. Tapi, siapa yang memahami "seperti tiada"

Ana sentiasa kuat dan tabah, menghadapi hari mendatang..Ana menpunyai DIA..DIA dan hanya DIA...DIA yang sentiasa di hati ketika ana sedih, sakit, terluka, penat, gembira dan segalanya hanya DIA...ALLAH yang maha kuasa...

Akhir sekali, MAAF kerana kealpaan, kecuaian, kelambatan, dan 1001 keburukan yang hadir dalam semua tindakan dan gerak kerja ana...Ana bukan yang terbaik, tapi ana cuba untuk jadi yang terbaik..

Friday, May 7, 2010

Kesekian kali...

Alhamdulillah, paper hanya tinggal 1 saja lg...Marketing Communication..Actually, ana masih di library, tapi sekarang merehatkan diri seketika.. Hari ini ana berjaya bertahan, duduk di library dari pukul 8.30 sehingga pukul 2...Fokus sepenuhnya sehingga berjaya meng"cover" 11 chapter, sekarang masih berbaki 9 chapter, InsyaALLAH sempat...

Semalam untuk kesekian kalinya ana diuji...Merasa satu kegagalan untuk diri sendiri...Sampai sekarang ana masih merasa kesannya...Ana cuba bermuhasabah, patutkan ana untuk segera berputus asa dengan sesuatu yang belum diketahui?? * Question *

Dan untuk kesekian kali ini juga, ana ingat nyatakan, hebahkan, laungkan bahawa "ABAH, u r da greatest father in da world!!! " Terima kasih atas semangat yang abah salurkan...Terima kasih atas setiap kasih sayang..Terima Kasih atas segala pengorbanan, Terima Kasih atas perhatian, Terima Kasih atas segala-galanya...Ana tak boleh bayangkan hidup ana tanpa Abah...

Dan untuk kesekian kali ini juga, ana tidak menjumpai kata-kata, mahu pun ayat yang paling sempurna untuk My Beloved MUM... U always be da first person in my heart n mind!!!

Pelik?? Kenapa ana berkongsi ini semua...Semalam adalah hari yang paling sedih sepanjang semesta nie...Ana sendiri pelik, kenapa semalam ana begitu lemah dan tidak punya kekuatan untuk sembunyi segala perasaan ana...Dan 2 insan yang ana nyatakan di atas, telah tunjukkan kasih sayang yang luar biasa untuk ana...

Next ; Saja kongsikan beberapa aktiviti keluarga yang dah dirancang oleh adik:

1 - Celebrate Birthday Aina ( 2 tahun ) 10hb/5/2010
2 - Celebrate Mother Day 10hb/5/2010

Last, tak sabar balik rumah...Tak sabar sangat2...

Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian


Assalamualaikum,

Berhubung dgn program Perhimpunan Lifeline 4 Gaza PACE memohon ikhwah dan akhawat seluruh negara supaya dapat hadir untuk memberi sokongan ke perhimpunan ini.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian


Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace. com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline 4gaza.org/

603 7846 4146

info@lifeline4gaza. org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, ayuh! Sebarkan usaha ini kepada kenalan-kenalan yang anda kenali tanpa mengira batasan bangsa, agama & politik!

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke


Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528