Wednesday, April 7, 2010

Bila Ana Terasa...

Agak sesuai juga kata-kata nie dengan keadaan sekarang..kita bisa untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan kita sendiri...Dan kadang kala juga, benda sebegini yang membantu ana muhasabah diri ana sendiri...

Agaklah, bila ana mula terasa hati, ana mula menilai setiap apa yang berlaku..Adilkah namanya sekiranya ana sewenang-wenangnya mencari kesalahan orang lain sekiranya sesuatu perkara itu terjadi disebabkan tindakan atau kata-kata yang ana tidak sedari atau kejamkah ana sekiranya ana hanya menerima sebulat-bulatnya setiap kata-kata atau tindakan yang orang lain lakukan kepada ana walaupun ana sedikitpun tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya berdiam diri??

Ana bukan boneka yang tidak punya perasaan, kesabaran ada hadnya. Tapi, sungguh diam itu adalah yang terbaik dan muhasabah diri sendiri itu sangat penting. Satu keyakinan yang ana pegang ialah, ana masih mempunyai DIA yang sangat memahani dan mengerti hati dan perasaan ana...

Diam ana bukan bermakna ana mengalah dan membenarkan setiap perkara yang berlaku, tapi diam ana adalah untuk hati dan perasaan kamu...Mood sekarang, ana senang menyendiri...

Hari ini sedikit penat dan tertekan...kesihatan sudah menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik...Kena lebih berhati-hati sekarang dan ambil ubat mengikut masa yang dah ditetapkan...huh!!

No comments:

Post a Comment