Tuesday, April 20, 2010

U.K here i come...



Little bit excited!! Dapat satu berita yang agak mengembirakan...U.K here i come!!! Sebenarnye dapat pelawaan dari umi... " jom ikut umi g U.K end of this year, umi dh lame nk ajak, tapi takut enti sibuk..."


Ana agak keberatan tapi cair jugak dengan pujuk rayu umi...entahlah, hasrat untuk ana keluar dari Malaysia buat sementara waktu akan tercapai tidak lama lagi...Yang paling penting dah dapat persetujuaan mak abah...

Ana...gembira tapi.....huhu..^_~!!

Gud Luck...

Just 4 Nur'z...

Moga Berjaya untuk final exam nie...
Moga diberi ilham menjawab...
Moga diberi ketenangan...
Moga diberi kekuatan...
Moga diberi semangat belajar yang berterusan...
Moga diberi fahaman menjawab dan belajar...
Moga kejayaaan milik ana...
Moga Tabah hati sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan...
Moga tiada lagi kesedihan selepas ana serahkan segalanya kepada DIA...(tawaqal)...
Dan...

Yang paling penting, Ana sentiasa titipkan doa untuk semua sahabat-sahabat ana semoga apa yang ana inginkan di atas menjadi milik sahabat-sahabat ana semua...Pendek kata, Moga kejayaan milik kita semua...

Ikhlas untuk:

IN-SOFT crews...
Marketeer's crews....
Muhibbah crews...

Thursday, April 15, 2010

BUKAN CINTA BIASA…

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu. “Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…

Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnyaMulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

Thursday, April 8, 2010

Marketer Team

ImageChef Word Mosaic - ImageChef.com


Alhamdulillah, baru selesai bermeeting untuk program MAKNA yang akan diadakan pada esok hari (9hb April 2010)...Ana masih belum dapat melelapkan mata..ada beberapa tugasan yang belum siap dan tambahan pula mata ana seperti tidak membenarkan ana tidur awal malam nie...

Peristiwa 1 : Ana masih dapat keadaan yang kurang sihat... Sebenarnya dah nyaris jatuh dari tangga yang tinggi masa di blok lecturer tadi..Ya ALLAH, gugur rasanya jantung ana...

Peristiwa 2 : Ana hampir nak pengsan...mujur ana kuatkan semangat dan kurangkan tekanan...

Peristiwa 3 : Ana terima panggilan dari sahabat terbaik dan tersayang...Atiqah mohani...

Peristiwa 4 : Syukran K.YMY sbb blanja td...

Peristiwa 5 : Hampir rasa nak pengsan tadi...Macam biasa, ana istighfar beberapa kali....Kuatkan semangat Nur...

Wednesday, April 7, 2010

Bila ada yang prihatin...

Hari ini memang ana sedikit strees dan perasaan menyendiri itu masih ada...duduk di library dan online YM...bila ana menaip status " sabarlah wahai hati " di YM ana, tiba-tiba window laptop ana bergegar...dari BUZZ terus muncul beberapa kata-kata semangat dari beberapa sahabat ana yang prihatin...Syukran pada yang memberi kata-kata semangat tadi..Ana sangat menghargai dan terharu sangat...

" slm, mt maaf bnyk2 sbb xmsg adk dh...yg pntg akk nk nur tahu akk sngt syg kn nur krn Allah n slalu ingt nur.. =) miss u dik...smg b'jy dgn cmlg..amin..."


Thanz k.dewi atas kata-kata tu...rindu pada kamu...
Kedua :

Ana memohon maaf yang teramat pada K.YMY..kak, maaf sangat-sangat yer..mungkin disebabkan sikap menyendiri Nur memberi kesan kat akk...maaf, tak terniat pun sebenarnya...syukran dengan kata-kata akk masa nur call tadi.. U always be my best advisor...

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Bila Ana Terasa...

Agak sesuai juga kata-kata nie dengan keadaan sekarang..kita bisa untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan kita sendiri...Dan kadang kala juga, benda sebegini yang membantu ana muhasabah diri ana sendiri...

Agaklah, bila ana mula terasa hati, ana mula menilai setiap apa yang berlaku..Adilkah namanya sekiranya ana sewenang-wenangnya mencari kesalahan orang lain sekiranya sesuatu perkara itu terjadi disebabkan tindakan atau kata-kata yang ana tidak sedari atau kejamkah ana sekiranya ana hanya menerima sebulat-bulatnya setiap kata-kata atau tindakan yang orang lain lakukan kepada ana walaupun ana sedikitpun tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya berdiam diri??

Ana bukan boneka yang tidak punya perasaan, kesabaran ada hadnya. Tapi, sungguh diam itu adalah yang terbaik dan muhasabah diri sendiri itu sangat penting. Satu keyakinan yang ana pegang ialah, ana masih mempunyai DIA yang sangat memahani dan mengerti hati dan perasaan ana...

Diam ana bukan bermakna ana mengalah dan membenarkan setiap perkara yang berlaku, tapi diam ana adalah untuk hati dan perasaan kamu...Mood sekarang, ana senang menyendiri...

Hari ini sedikit penat dan tertekan...kesihatan sudah menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik...Kena lebih berhati-hati sekarang dan ambil ubat mengikut masa yang dah ditetapkan...huh!!

Thursday, April 1, 2010

Untuk Mak....

Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak


but.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak

Bila nak bermanja, aku dekati.......
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak


Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan .....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak


Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku......
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.