Saturday, April 11, 2009

Cinta Mahasiswa


Cinta adalah fitrah dan cinta juga adalah fitnah. Apakah konsep cinta yang sebenar? Atau yang paling tepat, Ada Apa Dengan Cinta? Cinta adalah anugerah Allah yang tidak dapat dinafikan dan ditolak tepi. Cinta juga membawa kepada 2 jalan. Pertama, jalan kebaikan dan kebahgiaan dan Kedua, jalan keburukan dan kebinasaa. Kebaikan seperti taat dan patuh. Itulah konsep cinta yang sebenar. Ia dapat dimanifestasikan kepada cinta kepada tuhan. Cinta Allah perlu diperhebatkan apabila ia datang nombor 1.

Cinta kepada diri sendiri, cinta kepada sahabat, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada apa-apa pun pastinya cinta itu datang daripada sang pencipta. Siapa sang pencipta cinta itu, pastinya Allah yang Maha Kuasa.

“Amar Maaruf Nahi Mungkar”. Apa kaitannya dengan cinta yang ana nyatakan di atas? Seperti sebelumnya, konsep cinta yang sebenar ialah Taat. Sekiranya kita betul-betul mencintai Allah, itulah yang terbaik kita lakukan. Itulah lambang cinta seorang hamba kepada sang pencipta cinta.

Tapi sedarkah kita, siapa yang merosakkan cinta itu? Pastinya nafsu kita sendiri. Sekiranya kita benar-benar cinta kepada Allah, nescaya kitalah yang akan memelihara agamanya.

Rasulullah s.a.w sebagai contoh. Baginda seorang yang sangat menyayangi dan bertanggungjawab. Seperti salah satu hadis Rasulullah s.a.w:

“AKU SANGAT MERINDUI IKHWAN-IKHWANKU. TANYA SEORANG SAHABAT, SIAPAKAH IKHWAN-IKHWANMU YA RASULULLAH, DAN SIAPAKAH KAMI INI RASULULLAH SEHINGGA ENGKAU SANGAT MERINDUI IKHWAN-IKHWANMU ITU. LALU JAWAB RASULULLAH, KAMU IALAH SAHABATKU. IKHWAN-KIHWANKU ITU TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGANKU TETAPI MEREKA SANGAT CINTA DAN RINDU KEPADAKU”

Begitulah cinta seorang Rasul kepada ummatnya. Tapi bagaimana cinta kita kepada Rasulullah yang telah sedaya upaya menegakkan Islam di muka bumi ini? Fikir-fikirkanlah.dan mampukah kita menjadi sebahagian daripada golongan yang Rasulullah s.a.w nyatakan.

Disini ana dapat simpulkan bahawa formula cinta yang membawa kepada kejayaan yang abadi ialah:

CINTA ALLAH + CINTA RASULULLAH = KEJAYAAN ABADI

Tapi dunia sekarang kita sering kali mendengar pelbagai kemusnahan dan kehancuran akibat dari bahana cinta. Seperti contoh, pembuangan bayi, penguguran janin, penyakit berjangkit seperti AIDS,HIV dan sebagainya. Cinta yang tidak berlandaskan syariat. Cinta yang dikotori dan dipengaruhi oleh hawa nafsu. Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh Pusat Perlindungan Raudhahtul Sakinah, hampir 1/3 pelatih pusat tersebut terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS. Muncul persoalan, bagaimankah golongan yang dianggap terpelajar ini boleh terpengaruh dan tersasar disebabkan bahana cinta? Jawapan pastinya kurangnya penghayatan kepada agama dan pergaulan yang tidak terbatas. Dan yang paling penting ialah “ZINA”

Ber “couple”? ini mungkin perkataan yang sangat popular sama ada pelajar sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi hatta golongan atasan atau lebih senang lagi ialah seluruh peringkat umur. Kebiasaannya “Couple” ini wujud kerana individu terbabit ingin pengalaman. Pengalaman hidup mempunyai pasangan dan berkasih sayang kepada yang berlainan jantina. Tetapi apabila berpisah, siapakah yang lebih ramai merana dan sengsara. Pastinya mengikut kajian ialah perempuan. Ketika hangat bercinta pelbagai janji manis ditaburkan tetapi akhirnya akan memakan diri sendiri. Dan sedarkah kita berfikir dan mengkaji, mengapa Islam melarang ummatnya ber “couple”? Ini adalah untuk kebahgiaan dan kejayaan ummat itu sendiri. Dan gejala “couple” itu sendiri ialah tergolong kepada mendekati zina.

“BOLEH JADI APA YANG KAMU SUKA,BUKANLAH YANG TERBAIK UNTUK KAMU, DAN BOLEH JADI APA YANG KAMU BENCI ITU, IALAH YANG TERBAIK UNTUK KAMU. SESUNGGUHNYA DIA LEBIH MENGETAHUI”

Kenapa bijak tetapi terjebak? Selalunya seseorang itu kecundang dan terjerumus oleh bahana cinta ini bermula daripada sikap “TAK PA” dan bermula “RINGAN-RINGAN” sahaja. Sikap seperti inilah yang akhirnya membawa I bencana di dalam diri. Apabila kecundang, pelbagai masalah yang akan timbul.

Berbicara mengenai masalah, menurut kajian dari RS, individu yang telah tersasar dan melahirkan anak tidak sah taraf akan terganggu emosinya pada masa hadapan. Sama ada apabila mereka menyambung pengajian ataupun mempunyai kerjaya. Ini kerana mereka sentiasa dibayangi dosa-dosa mereka itu sendiri. Penyakit berjangkit akan berleluasa. Ini kerana tiada kawalan dan sikap “TAK APA” dan “TAK KISAH” dalam melakukan hubungan terlarang dan haram disisi Islam. Nilai kemanusiaan juga boleh hilang dek disebabkan bahana cinta dan zina. Bayangkan, kita selalu digemparkan dengan kisah-kisah pembuangan dan penemuan bayi-bayi yang tidak berdosa. Janin-janin yang digugurkan di sana sini. Dimana letaknya pertimbangan mereka-mereka ini? Pastinya ini disebabkan perasaan takut berdepan dengan masyarakat, tetapi bagaimana dengan perasaan takutnya azab illahi? Astafirullahalazim…beristighfar ana seketika.

Setiap hari hampir 83% bayi dilahirkan ialah tidak sah taraf. Bayangkan..adakah ia jumlah yang sedikit?

Apakah tindakan kita? Mahukah kita jadi masyarakat yang prihatin terhadap isu ini? Atau menjadi masyarakat yang tidak ambil peduli? Sedarlah wahai saudaraku, isu ini bukan isu bangsa tetapi isu ummah. Isu zina bukan isu sekejap tetapi isu yang boleh berpanjangan. Apabila perkara zina berlaku di depan mata, adakah kita sekadar pandang dan beristighfar? Sekurang-kurangnya hampiri mereka dan bertanya kepada mereka “ADAKAH KAMU SUDAH BERKAHWIN?” dan berdoa supaya mereka diberi petunjuk.

Diri sendiri? Semua perubahan dan usaha perubahan adalah bermula dari diri sendiri.

“SEKIRANYA KAMU INGIN MENGUBAH BANGSA, NEGARA HATTA DUNIA SEKALIPUN, UBAHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

Itulah usaha pencegahan yang paling berkesan sekiranya semua individu berfikiran sedemikian. Jadi, ubahlah diri sendiri,bangsa,agama, Negara dan dunia. insyaALLAH, PERTOLONGAN ALLAH DIMANA-MANA TETAPI AZAB ALLAH JUGA TIDAK KENAL SESIAPA. SEKIRANYA ALLAH MENJATUHKAN AZAB PADA SESUATU KAUM, NESCAYA SEMUA SEKALI AKAN MENERIMA AZAB YANG SAMA.

“ANDA BIJAK JAUHI ZINA”

No comments:

Post a Comment