Sunday, November 22, 2009

Allah Sedang Berkomunikasi

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13)
Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati. Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut.
Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia? Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi.
Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.
PERINGATAN BUAT YANG BERAKAL
Allah Taala mengutus al-Quran untuk dibaca, diteliti, diambil pengajaran dan dilaksanakan. Kisah-kisah di dalam al-Quran ada menceritakan tentang beberapa kaum atau umat nabi-nabi yang terdahulu ditimpa bencana yang dahsyat sehingga ada yang terus berkubur bersama-sama tamadun yang mereka bina.
Kesan-kesan peninggalan yang wujud sehingga hari ini menjadi bukti kebenaran kisah di dalam al-Quran itu. Kaum Nuh di sekitar Iraq dan Mesir musnah dalam banjir dan ribut taufan. Kaum Luth di Sadum musnah setelah diterbalikkan bumi dan bertukar menjadi Laut Mati. Kaum Tsamud mati di dalam kota-kota yang dipahat di dalam bukit-bukit batu akibat bayu pembunuh yang dikirim oleh Allah Taala kepada mereka.
Bencana itu pula berlaku di hampir semua negara bermula dari China di utara hingga ke Australia di Selatan, di negara yang didiami umat Islam atau negara yang majoritinya bukan Islam.
Allah Taala tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan oleh umat Muhammad. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat. Adakalanya bala itu datang dalam bentuk kekurangan rezeki setelah mengalami kemarau, banjir atau penyakit tanaman, rasa takut dan gelisah, malapetaka seperti kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)
AMBIL PENGAJARAN
Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan. Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata.
Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat. Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.

Kerinduan ini (2)

Ana rindu untuk kembali aktif berprogram. Kerinduan yang paling mendalam dalam hati. Rindu pada aktiviti tarbiyyah dan rindu pada sahabat2 perjuangan. Especially, k.mia, tiqa, khadeeja dan lain2.

Bercakap mengenai program, pastinya ana akan mula berfikir tentang KEBEBASAN..yup, kebebasan yang memberi ruang untuk ana bergerak aktif. Ana kekadang sangat menginginkan sebuah kebebasan dan kepercayaan untuk bergerak aktif dalam gerakan dan aktiviti tarbiyyah. Lebih2 lagi apabila cuti semesta. Bagi ana, cuti semesta bukan bermakna ana bercuti juga untuk program2 tarbiyyah bahkan sepatutnya cuti sebegini yang akan meng”aktif”kan diri ana dan “menyerlah jauh dari yang biasa”. Tapi, apabila kebebasan dihalang oleh insan yang sangat ana hormati, apa yang sepatutnya ana lakukan??

Jalan yang ana pilih, sebenarnya sangat menguji diri ana. Kebebasan dan kegembiraan ana, bukan seperti orang lain fikirkan. Semua itu perlukan pengorbanan. Dan semua itu betul2 memberi kesan pada diri ana. Ana tidak mahu kalah dengan permainan emosi dan perasaan dan ana juga tidak mahu lemah dengan dugaan dan cabaran. Mungkin apabila ana dihalang kebebasan untuk berprogram, DIA ingin ana lakukan sesuatu untuk insan yang berada di sekeliling ana. Mereka juga ada hak terhadap diri ana dan ana juga ada tanggungjawab untuk melakukan pengtarbiyahan semampu ana. Benarlah, tarbiyyah berada di mana-mana. Berprogram adalah salah satu caranya. Tapi ia semua akan kembali kepada diri kita sendiri, macam mana kita aplikasikan pada kehidupan seharian. Bukan quantiti program atau level usrah yang penting tapi kualiti pemahaman dan aplikasi diri kita sendiri.

Walau apapun yang terjadi, biarlah rindu ini menjadi semangat buat diri ana. Dan yang paling penting, ana sentiasa yakin semua ini mempunyai hikmahnya. Dan biarlah keyakinan yang 1 ini kekal terpahat dan tidak akan sesekali goyah…HE KNOWS AND ALWAYZ GIVE DA BEST 4 ME!!



Saturday, November 21, 2009

Kerinduan ini…

Pertama:


Ana sangat rindu pada W890i…handphone hadiah dari parent ana sempena konvokesyen yang lepas. Ana jarang bersedih sekiranya ada barang ana yang hilang, tapi kali nie ana memang gagal kawal emosi. 2 hari rasanya ana “meroyan” sebab teringat hanphone tu…ana perasan handphone ana hilang lepas final exam e-commerce. Urmm, mungkin silap ana tinggalkan beg ana di luar, tapi yang sebenarnya mungkin bukan rezeki ana untuk get long ngan handphone tu.. apa yang menyebabkan ana rindu sangat phone tu?? Sebenarnya, walaupun phone tu baru, tapi dah ada sentimental value buat diri ana..contohnya: hadiah yang penuh kasih sayang dari mak abah. Sebab selama ni ana tak pernah ada phone yang betul2 hak milik ana, alat penghubung dengan seorang sahabat yang jauh. Sebabnya, hanya perlu guna internet telefon dan yang paling utama phone tu jadi Al-Quran bergerak ana..


Kedua:

Tapi sekarang, semua dah jadi kenangan.. mungkin ada hikmah dan mungkin mengajar ana berfikiran positif dan berlapang dada atas semua yang berlaku..Moga semua ini menambah kekuatan hati ana…



Wednesday, November 18, 2009

BMD 501

Kisah Mandarin…

Paper BMD501 (mandarin) adalah paper yang paling ana risaukan. Entahlah, banyak2 paper, mandarin yang ana rasa paper yang sangat “killer” berbanding paper2 yang lain. Bunyi macam pelik kan?? Tapi tu lah hakikatnya. Sem ni sem yang ana rasa paling susah untuk memahami perkataan mandarin yang baru, berbanding sem-sem lepas. Dan bermula sem nie, mandarin tak ada final exam..so semuanya bergantung pada quiz, test & yang paling penting video.. that mean, ana kena berlakon…yup, berlakon ana rasa tak ada masalah, yang masalahnye ana langsung x perform well untuk quiz & test. Memang susah sgt.. Masa test hampir 90% ana tak dapat tanslate perkataan mandarin ke BM.. Sangat2 susah. Listening test?? Sangat hancur. Ana blh skor 65% jer.. sangat x faham..Ya Allah, sangat2 risau..

Sekarang ana hanya mampu tawaqal & berdoa..Moga ana dapat keputusan yang baik untuk paper nie. Walaupun ana rasa yang ana x mampu dapat keputusan cemerlang untuk paper mandarin nie seperti sem-sem lepas, tapi cukupkan kalu ana dapat lepas paper nie…

To all my group members, u r da best. Enjoy sangat collaborate ngan dorang nie. Sangat baik dan sentiasa bersama-sama, berpenat lelah utk buat video mandarin yang ana rasa sangat BEST!! Moga kejayaan milik bersama…

Monday, November 16, 2009

SAHABAT & B3M2




“Kita berjumpa kerana takdir,
Kita berkawan kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita,
Kita kekal kerana kuatnya ukhuwah,
Kita bergaduh kerana 1 ikatan
TAPI, yang paling penting,
Semuanya kerana Allah,
Bukan mudah untuk berkawan,
Bukan mudah untuk kekalkan,
TAPI. Semuanya kerana Allah,
Tanpa DIA tak mungkin sekarang terjadi,
1 lakaran yang dihiasi keikhlasan & kejujuran serta warna-warna kehidupan
________________________________________________________________


Alhambulillah, entry kali nie ana ingin berkongsi mengenai kisah sahabat, makna sebuah ukhuwah yang sering kita bicarakan. Pengertiannya mungkin berbeza mengikut individu atau mungkin tahap fahamannya. Bagi ana ikatan persahabatan, ukhuwah atau istilah lain yang sewaktu dengannya adalah amat bermakna. Kerana, sahabat mampu menjadi cermin bagi diri kita sendiri. Sahabat yang baik, akan sentiasa menegur kesalahan sahabatnya, akan mejadi tempat berkongsi masalah, memahami siapa sahabatnya dan jua ia bersama-sama memperbaiki diri. Bagi ana, ana sentiasa bersyukur kerana ana sentiasa dikurniakan sahabat yang baik dan saling membaikkan.

Dalam menempuh hidup bersahabat pastinya ia akan diuji. Diuji kerana DIA ingin melihat sejauh mana kejujuran hati dan kasih sayang kita terhadap sahabat kita. Dan pastinya kita akan menemui hikmahnya itu kelak. Dengan datangnya pelbagai ujian dalam persahabatan, kita akan lebih memahami sahabat kita, lebih berkasih sayang, saling mempercayai dan pelbagai nikmat lagi. Jadi, bagi diri ana, adalah yang terbaik kita sentiasa mem “positif” kan diri dan sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa ini semua mempunyai hikmah. Usahlah kita terlalu mudah untuk memutuskan sillaturahim yang mungkin sudah lama terjalin. Ana berkata demikian berdasarkan kisah sahabat ana semasa sekolah dahulu. Bayangkan, mereka telah bersahabat hampir 5 tahun, tetapi dengan hanya 1 salah faham, akhirnya bergaduh dan langsung tidak bertegur sapa sehingga sekarang. Hurmm..apa yang bermain dalam fikiran antum sekarang?

Bagi ana, manusia semuanya tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Antara sedar mahupun tidak. Sebagai manusia biasa, kita kenalah mengakui kebenaran itu, dan sekiranya sahabat kita pernah melukakan hati kita, sentiasalah berlapang dada dan cari jalan sehikmah mungkin untuk menegur atau memberi nasihat. Itulah jalan yang terbaik.



Sahabat-sahabat BBA (HONS) MARKETING…


Dan ana sangat bersyukur juga, semenjak ana melangkah kaki di alam ijazah, ana sentiasa didampingi dengan insan-insan yang ana rasa cukup baik dan sentiasa memberi pertolongan apabila diperlukan. Antaranya, shykin, kamsiah, nazariah, atie, zila, dan lain2…(ramai sgt)..bagi ana, walaupun kita mempunyai watak yang berbeza tetapi itu bukan penghalang untuk kita memahami antara 1 sama lain…dan pastinya bagi ana perbezaan itu yang mungkin mengajar kita 1 pangalaman dan pengajaran baru.

Urmm, kelas B3M2 bagi ana adalah medan perjuangan ana. Satu satunya kelas marketing dan mungkin kelas ini adalah kelas ana sepanjang ana di sini. Sudah pastinya di luar jangkaan kita atas semua yang sudah kita lalui dan bakal kita tempuhi apa masa hadapan. Begitu juga bagi ana, sungguh ana tidak percaya bahawa DIA membantu ana dalam pergaulan. Alhamdulillah, ana sangat bersyukur kerana dipertemukan sahabat-sahabat ana sekarang. Benarlah, sahabat yang baik akan sentiasa disamping kita samaada susah ataupun senang, suka ataupun duka dan juga bersama-sama mengapai cita-cita dan impian bersama…


p/s Penaja : Moga dapat result yang cemerlang utk this sem...

Bersantai-santai, perkukuhkan ukhuwah…



Entry kali nie mungkin lain daripada yang lain. Sebabnya, ana akan bercerita berdasarkan gambar sahaja. Kalau nak diceritakan secara detail memang panjang dan tambahan pada hari kejadiaan ana tak berapa sihat. Tapi, demi semangat nak berjumpa sahabat yang dirindui, ana paksa juga diri untuk datang. First, lokasi kejadian ialah K.L Sentral dan Mid Valley. Dari jam 10 pg – 5 ptg. Memang penat dan memeningkan, tapi ana rasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan walaupun sekejap untuk meluangkan masa bersama mereka. Mereka yang ana maksudkan ialah Khadeeja, Cikin dan Mida. Sebenarnya, semua ni tak dirancang. Tetiba rasa nak berjumpa dan Alhamdulillah memang ada hikmah disebaliknya. Banyak perkongsian, bercerita tentang permasalahan,bertukar pandangan dan yang paling penting ikatan ukhuwah terasa makin kukuh.

Di atas antara tempat yang boleh juga dikatakan Berjaya dijelajahi (sebenarnya agak semua kedai kat Mid tu masuk…contohnya: MPH,…




Akhirnya, dah penat tengok benda-bendaduniawi, kami bergerak ke alam haiwan. Merasa kebesaranNya dan melihat-lihat ikan,burung, arnab dan lain-lain yang sememangnya COMEL!!! (dengan penuh keterujaan…)


Ikan oh Ikan…lalala…Subhanallah…cantik dan ada yang pelik..(ada ikan tu, matanya macam mouse si Khadeeja sebab mata agak terkeluar..hahaha..)

Perangai kanak-kanak ribena terserlah jua akhirnya. Tapi bagi ana, mereka-mereka itu bakal ibu mithali..huhu..

Akhir sekali. Ukhuwah itu memang sangat sukar untuk ditafsirkan. Sebenarnya, ana, khadeeja dan cikin baru saja berjumpa, bertaaruf lebih kurang setahun yang lalu. Bermakna semasa kami last semesta. Tapi entah mengapa, dari ana baru berjumpa dengan mereka, ana rasa seperti dah lama berkenalan dan memang ana mudah sangat rapat. Mungkin itu salah satu hikmah sekiranya kita mempunyai matlamat yang sama. Ingin memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Walau bagaimanapun, ana sentiasa mendoakan kalian moga sentiasa sabar dan tabah menjalani kehidupan ini. Memang banyak dugaan dan cabaran tetapi carilah hikmah disebalik kejadian. Moga ukhuwah ini sentiasa terpelihara dan mendapat redha Illahi (matlamat yang tertinggi)… Jaga diri, hiasi peribadi.


Sunday, November 15, 2009

Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya


Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Tuesday, August 18, 2009

Sepanjang hari untuk mengujiku...

Hari ini (18 ogos 2009)...hari yang ana rasa cukup menyesakkan dada..dari pagi sampaikan ke malam, pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa diri ana...serasa ana jatuh dan payah untuk berdiri memulakan langkah...

PERTAMA:

Bayangkan, kelas ana baru selesai program khidmat masyarakat...dan bila posmortem, pelbagai luahan dan rungutan mengenai program tersebut...ada yang tak puas hati, dan tak kurang juga mencari kesilapan orang lain. Ana hanya duduk memerhati sehingga akhirnya ana bersuara...bersuara sehingga hmpir menitis air mata...

Ana sangat kecewa dengan sesetengah individu yang hanya memandang perkara ini hanya program dan markah subjek semata. Seolah-olah langsung tak mengambil hikmat di sebalik semua ujian untuk menjayakan program tersebut...Biasalah, tidak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni..semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...memang adat berprogram, pastinya akan penat...tapi, kenapa harus mengeluh sepanjang masa tentang kepenatan tu...ana sepanjang menguruskan program, ana kurang sihat...sehingga 2 hari terakhir ana terpaksa dirawat di hospital sebab demam ..alhamdulillah, ana dibenarkan pulang...tapi, tak ada sorang pun exco yang tahu tentang kejadian tu...fikir-fikirkan, setiap apa yang kita lakukan perlukan pengorbanan...dan perlu ingat, nasihat dan teguran dari sahabat itu sebenarnya sangat berguna untuk pembentukan diri kita kelak...

kedua:

Petang seperti biasa, study di library...ana teringat assmnt yang perlu dihantar...ana ulang alik ke bilik lecturer 2 3 kali...tetap tak ada...yang paling memenatkan, assmnt tu perlu dihantar by hand, kalu tak,lecturer reject...ana tak dapat fokus study...macam-macam yang ana bayangkan...terasa kepala semakin berat dan dada semakin sesak...ana beristighfar beberapa kali...akhirnya, ana pergi meja paling hujung dan berehat...ana pandang nota-nota ana dengan pandangan yang kosong...dalam hati, esok ada 2 test....tapi, kenapa hari ini aku diuji dan terus diuji...(sebak..)

Ketiga:

Disebabkan badan yang mula rasa sakit dan kepala yang sangat pening, ana buat keputusan tidur di kampus. Actually, ana ingat ada mting persatuan..ana dengan semangatnya pergi tanya sahabat ana tempat mting malam ni...tapi jawapan yang ana dapat, sangat menambah rasa kecewa dalam diri ana..."mting mlm nie x de, tangguh hari ahad....Z*** tak g tahu semua ker??...ana duduk menyandar di dinding...hati sekali lagi terguris kecewa...

malam nie ana tidur di bilik k.Ros..kolej Zamrud....sekali lagi ana diuji..tiba-tiba UPK buat spotcheck mengejut dari bilik ke bilik...ana yang kebetulan duduk seorang terkejut apabila pintu bilik dibukak...ana sangat terkejut dengan tindakan seseorang yang mungkin tak tahu hak privacy orang lain... ana disoal..memandangkan ana non resident, pelbagai pertanyaan yang perlu dijawab, dan yang paling menyakitkan hati...ana dituduh duduk secara illegal bilik tu...pelbagai cara ana cuba untuk terangkan dekat pihak pengurusan tu tentang "kebetulan" ana tumpang tidur bilik tu malam nie...At last, pengawai UPK datang dan ana diminta pergi ke pejabat... tetapi, mungkin ALLAH lembutkan hati pegawai tu, ana dilepaskan....Sakit dan sedihnya hati ketika tu...

Terakhir:

Ujian untuk hari nie yang sangat menguji ana ialah past sem question ana hilang...tu latihan yang sangat penting bagi ana...ana yang baru ada semangat nak study tiba-tiba diuji lagi...banyak kali ana check fail dan beg ana, tetap tak ada..Jam pukul 11.25 p.m...ana nekadkan diri untuk pergi ke masjid...lebih kurang 10 mnt berjalan...hati ana sentiasa mengharap nota tu ada di masjid...sepanjang perjalanan, ana call K.Yong sarawak... sampai-sampai di masjid, ana cari di setiap tempat..ternyata, nota tak ada...Ya ALLAH, ujian demi ujian hari ini yang hambamu ini tempuhi...tapi, bantulah Ya ALLAH untuk memberi jalan keluar untuk ujian yang satu ini...

Ana sebak yang teramat...cuba untuk mengawal nada percakapan dengan k.yong...tapi sebenarnya, ALLAH je yang tahu betapa luluh, sakit dan letihnya hati ini menanggung dugaan sepanjang hari ini...

sekarang, 2.30 a.m...masih study dan rehat untuk menaip entry nie...ana perlu korbankan waktu tidur ana hari ini, untuk test pagi esok...

"YA ALLAH, HANYA ENGKAU YANG MENGETAHUI BAGAIMANA HATI HAMBAMU INI SEKARANG...AKU CUBA UNTUK KUAT...DAN KEKUATANKU ITU HANYA DI SISIMU...ENGKAU KURNIAKAN KEKUATAN ITU YA ALLAH...WALAUPUN HANYA SECEBIS..HAMBAMU SANGAT MEMERLUKAN...TIDAK ADA KEKUATAN SELAIN DARIMU..."

Saturday, July 18, 2009

Hikmah Community Service...

Community Service adalah program wajib untuk semua student yang ambik subjek "PERSONAL DEVELOPMENT"..dengan matlamat agar student dapat belajat tentang kerja berkumpulan dan dari segi kepimpinan dalam berorganisasi. 20% dari assesment mark..banyak jugak tu... ana dilantik menjadi setiausaha program.. satu pengalaman baru tapi agak memenatkan. Segala surat dan urusan harus disegerakan. Jumpa lecturer untuk setiap perkembangan, minit mesyuarat dan lain-lain.

kali ini, CS akan berlangsung 9/8/2009..membersihkan tanah perkuburan Kampung Lubuk Batu dan masjid. hari nie (24/7/2009) pelbagai urusan telah dilakukan..

8 - 10pg : kelas


10 - 12tgh hari : kelas

2 - 4ptg : pergi tanah perkuburan dan masjid Batu Anam. (dalam masa yang sama, ana tercari-cari rumah PakCik Ariffin kat situ)..disebabkan kawasan yang besar, kami batalkan niat untuk buat CS kat situ.

4 - 5ptg : Tempah T-Shirt kelas

5 - 7ptg : pergi tanah perkuburan Kampung Lubuk Batu

Begitulah keadaan ana hari ni. Tersibuk dengan urusan CS. Penat yang teramat dan kekadang terganggu emosi..alam degree ni memang memenatkan. Assigment yang sentiasa bertambah. Presentation boleh dikatakan setiap hari dan minggu. Memang terasa badan yang sangat penat tambahan ada beberapa perkara yang perlu ana selesaikan juga.

Sekarang, jadual yang ana create awal sem dulu mungkin dah boleh dibuang. sebab banyak masa yang dah tersasar. Sekarang ana kena bahagikan masa ana sebaiknya..harap2 selesai mengikut waktunya...

Tadi, di tanah perkuburan..memang terasa...satu perasaan yang mungkin dikatakan menginsafkan..sempat bermuhasabah diri sebentar...

Memang hakikatnye, suatu hari nanti kita akan kembali jua kepadaNya. Tuhan yang menghidup dan mematikan. Hati ana terdetik, adakah bekalan ana cukup untuk menempuh perjalanan di SANA..bagaimana pengakhiran hidupku nanti?

Mungkin kita menganggap amal kita cukup banyak dan mantap..kita mempunyai ilmu agama yang tinggi..kita solat 5 waktu sehari semalam belum ditambah lagi dengan amalan2 sunat yang lain..menganggap diri kita cukup bagus daripada orang lain...

Alangkan malangnya kita sekiranya mempunyai rasa demikian. Sungguh..benar2 tertipu dengan diri sendiri. Kita tidak mengetahui adakah amalan kita diterima atau tidak? adakah kita tidak pernah melakukan dosa dengan manusia lain? atau mungkin dalam ibadah kita, kita sering melakukan kesilapan yang mungkin menambah dosa tanpa kita sedari..

Ana memerhati kawasan sekeliling perkuburan tersebut. Tenang dan sunyi..ana terdetik lsgi, bagaimana keadaan di bawah sana..adakah setenang di bumi atau sebaliknya? hampir saja ana menangis, tetapi memandangkan rakan sekelas tgh berbincang, ana tahan perasaan itu...

Sungguh..ana benar-benar takut dan gerun..bagaimana nasibku nanti? adakah amalanku yang berat atau sebaliknya...

Tambahan, mungkin sekarang ana kurang sihat. Memang, dah lama rasanya ana tak rehat secukupnya. Hampir 12 jam diriku di kampus. 7pg - 6ptg...malam dengan aktiviti yang lain..study, assigment dan lain2..terasa badan selalu lemah dan sangat letih. Tapi, cuba untuk mempositifkan diri. Moga ada hikmah di sebaliknya (sememangnya ada)...

Moga aktiviti CS ni dapat berlangsung dengan baik..dari segi dalaman dan luaran. Sentiasa berdoa, moga sahabat2 ana yang lain dapat something dengan program mcm nie..ana yakin, sahabat sekelas ana mampu untuk memperbaiki diri untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik..




Mabuk Dalam Cinta terhadap ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,


"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,


"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,


"Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Tenang Jiwa

BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.
(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.
(Surah Al-Ruum: 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Al-Zariat: 56)

Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.
(Surah Al-A‘raf: 51)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.”
(Surah Al-An‘am: 29)

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.
Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas .

Friday, July 17, 2009

Mujahidah Sejati


Mujahidah sejati,
intan permata hias rumah kota
Seindah pelangi di cerekawala
Menghiasi taman indahnya taman
Mujahidah sejati
Engkau serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri subur dgn iman & ketaqwaan
Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza krn diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati
Berbekalkan al-qur’an dan al-sunnah
Bersulamkan pengorbanan
Bias mengegarkan dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yg abadi
Mujahidah sejati
Meneruti langkah khatijah dan fatimah
Menjadi muqarabiin bermujahadah
Menerusi cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi Tuhan
Cuma ibadah yg membezakan
Wanita solehah disisi Allah
Berhati2lah hasutan dunia
Kerana ia menbahaya
Jangan dibiarkan ia bertapak dlm diri akibatnya dosa

Thursday, July 16, 2009

Change..


Setiap manusia pastinya diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tak kiralah dari segi kesakitan, kebahgian, kemewahan, kematian orang tersayang dan sebagainya. Adakah orang tidak siuman itu tidak bermasalah?..jawapannya pastilah tidak.

Hidup ini akan sentiasa diuji..diuji…dan diuji…Senang mulut berbicara tetapi bagaimana dengan pelaksanaannya..ana pernah bertanya tentang perkara ini bersama ustazah ana. Ustazah ana memberi pandangan, tukarkan keadaan itu kepada arah yang positif. Contohnya, apabila dirimu diuji dengan pelbagai ujian, belajarlah didik dirimu supaya sentiasa yakin kepada Tuhanmu. Sebenarnya pelbagai ujian menunjukkan kasih dan sayangnya Dia kepada kita. Kenapa perlu mengeluh dan mencari-cari kesilapan padahal pelbagai nikmat lain yang kita miliki..

Yakinlah, bahawa hanya sedikit sahaja nikmat yang Dia tarik…dan pastinya ujian itu akan disertai dengan ganjaran. Aturan hidup ini sangat menarik. Pabila kita berada di atas, itu juga ujian…dan apabila kita di bawah, itu juga ujian..kenapa??..sebab Dia ingin melihat siapakah hambaNya yang bertaqwa…

Ustazah ana menambah, dari mana datangnya nikmat-nikmat yang kita rasa sekarang?..kita pasti menjawab, dari Allah…adakah kita bersyukur dan menggunakan nikmat-nikmat itu ke jalan yang betul??...tepuk dada Tanya iman..dan dari mana pulak datangnya ujian dan dugaan itu??..Ia tentulah dari ALLAH juga.. kenapa kita terus mengeluh dan berputus asa..bukankah bersama ujian itu ada kemudahan..seperti penyakit yang mempunyai ubatnya..

Sabarlah wahai diri yang diuji…sungguh disebaliknya terdapat banyak pengajaran..Kenapa kita merasa keseorangan? Kerana Dia ingin kita letakkan lebih tinggi pengantungan hanya kepadaNya..kenapa kita dapat sesuatu yang kita tak suka?..sebabnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita…

Yakinlah, nikmat disebalik ujian itu lebih banyak dari ujian dan dugaan itu sendiri..tukarlah ujian itu menjadi nikmat..nikmat yang sangat manis..manis yang seperti madu..yang dapat menyembuh pelbagai penyakit…

Berfikirlah wahai insan, kenapa sahabat menangis apabila diri mereka tidak diuji???

Kenapa kita lebih senang dan bahagia apabila diri tidak diuji dan apabila diuji, kita mengeluh dan berputus asa??

Kita mengaku beriman, tetapi begitukah sikap kita pabila diuji?? berkeluh kesah dan sebagainya..

Ana: Itulah sedikit sebanyak perkongsiaan yang ana dapat dari ustazah ana..part yang paling ana suka, apabila ustazah memberi soalan untuk ana berfikir sepanjan kehidupan ana...Dari mana datangnya semua ujian itu? Adakah ia muncul sendiri tanpa ada si pengaturnya??...dan ana sampai sekarang sangat terkesan dengan soalan itu..walau apapun yang berlaku, lekaslah kembalikan semuanya kepadaNya, pentadbir sekalian alam....


Sunday, July 5, 2009

Terkini

Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah diatas segala nikmatMu...

HambaMu ini tersangat bersyukur..

Kini aku semakin mengerti nikmat disebalik ujian-ujianMu...

Dan diriku semakin yakin bahawa ENGKAU SELALU BERIKAN YANG TERBAIK..

Biar pun hati sering merintih...

Tiada apa yang dpt ku dambakan lagi..

selain MARDHATILLAH Mu....

Friday, July 3, 2009

Cahaya Di Wajah Ummat

Baru-baru ni, ana banyak menghabiskan masa ana untuk membaca bahan tarbiyyah dalam laptop ana. Salah satunya tulisan dari KH RAHMAT ABDULLAH yang bertajuk “UNTUKMU KADER DAKWAH”
_______________________________________________________

Dalam satu kesatuan amal jama’i ada orang yang mendapatkan nilai tinggi karena ia
betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab amal jama’i. Kejujuran, kesuburan,
kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa. Keberadaannya
menggairahkan dan menenteramkan. Namun perlu diingat, walaupun telah bekerja
dalam jaringan amal jama’i, namun pertanggungjawaban amal kita akan dilakukan di
hadapan Allah SWT secara sendiri-sendiri.

Karenanya jangan ada kader yang mengandalkan kumpulan-kumpulan besar tanpa
berusaha meningkatkan kualiti dirinya. Ingat suatu pesan Rasulullah SAW:

Man abtha-a bihi amaluhu lam yusri’ bihi nasabuhu
(Siapa yang lambat beramal tidak akan dipercepat oleh nasabnya ).

Makna tarbiah itu sendiri adalah mengharuskan seseorang lebih berdaya, bukan terus menerus melekat dan tergantung pada orang lain. Meskipun kebersamaan itu
merupakan sesuatu yang baik tapi ada saatnya kita tidak dapat bersama, demikian
sunahnya.

Sebab kalau mahu, para sahabat Rasulullah SAW boleh saja menetap dan
wafat di Madinah, atau terus menerus tinggal bermulazamah tinggal di masjidil
Haram yang nilainya sekian ratus ribu atau di Masjid Nabawi yang pahalanya sekian
ribu kali. Tapi mengapa makam para Sahabat tidak banyak berada di Baqi atau di
Ma’la. Tetapi makam mereka banyak bertebaran jauh, beribu-ribu batu dari negeri
mereka.

Sesungguhnya mereka mengutamakan adanya makna diri mereka sebagai perwujudan
firman-Nya:

Wal takum minkum ummatuy yad’una ilal khoir.
Atau dalam firman-Nya: Kuntum khoiro ummati ukhrijat linnasi
(Kamu adalah sebaik-baiknya ummat yang ditampilkan untuk ummat manusia.
Qs. 3;110).

Ummat yang terbaik bukan untuk disembunyikan tapi untuk ditampilkan kepada seluruh ummat manusia. Inilah sesuatu yang sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Kita semua beramal tapi tidak larut dalam kesendirian. Hendaklah ketika sendiri kita selalu mendapat cahaya dan menjadi cahaya yang menyinari lingkungan sekitarnya.

Jangan ada lagi kader yang mengatakan, saya jadi buruk begini karena lingkungan.
Mengapa tidak berkata sebaliknya, karena lingkungan seperti itu, saya harus
mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya. Seharusnya
dimanapun dia berada ia harus berusaha membuat kawasan-kawasan kebaikan,
kawasan cahaya, kawasan ilmu, kawasan akhlak, kawasan taqwa, kawasan al-haq,
setelah kawasan-kawasan tadi menjadi sempit dan gelap oleh kawasan-kawasan
jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu.

Demikianlah ciri kader, dimanapun dia berada terus menerus memberi makna kehidupan. Seperti sejarah da’wah ini, tumbuh dari seorang, dua orang kemudian menjadi beribu-ribu atau berjuta-juta orang.

Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna,

"Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah".
Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir ditubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.



Jangan ada sesudah ini, kader yang hanya mengandalkan kerumunan besar untuk
merasakan eksistensi dirinya. Tapi, dimanapun dia berada ia tetap merasakan sebagai
hamba Allah SWT, ia harus memiliki kesadaran untuk menjaga dirinya dan taqwanya
kepada Allah SWT, baik dalam keadaan sendiri maupun dalam keadaan terlihat
orang. Kemanapun pergi, ia tak merasa kesunyian, tersudut atau terasing, karena
Allah senantiasa bersamanya. Bahkan ia dapatkan kebersamaan rasul-Nya, ummat
dan alam semesta senantiasa.

Kehebatan Namrud bagi Nabi Ibrahim AS tidak ada artinya, tidaklah sendirian.
ALLAH bersamanya dan alam semesta selalu bersamanya. Api yang berkobar-kobar
yang dinyalakan Namrud untuk membinasakan dirinya, ternyata satu kekuatan
baginya dalam menunaikan tugas pengabdian kepada ALLAH. Alih-alih dari
menghanguskannya, malah menjadi

"bardan wa salaman"
(penyejuk dan penyelamat).

Karena itu, kader sejati yakin bahwa Allah SWT akan senantiasa membuka jalan bagi pejuang
Da’wah sesuai dengan janji-Nya,

In tansurullah yansurukum wayu sabit akdamakum
(Jika kamu meno-long Allah, Ia pasti akan menolongmu dan mengokohkan langkah kamu)

Semoga para kader senantiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah
SWT dilawan derasnya arus dan badai perosak ummat.

Kita harus yakin sepenuhnya akan pertolongan Allah SWT dan bukan yakin dan percaya pada diri sendiri. Masukkan diri kedalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah tempat Junud Da’wah melingkar dalam suatu benteng perlindungan, menghimpun bekal dan amunisi untuk terjun ke arena pertarungan Haq dan bathil yang berat dan menuntut
pengorbanan.

Disanalah kita mentarbiah diri sendiri dan generasi mendatang. Inilah sebahagian
pelipur kesedihan ummat yang berkepanjangan, dengan munculnya generasi baru.
Generasi yang siap memikul beban da’wah dan menegakan Islam. Inilah harapan baru
bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Alquran dan cahaya Islam
rahmatan lil alamin.