Wednesday, July 27, 2011

Man Ana Ya Rabb....

Man Ana Ya Rabb...

Terkapai-kapai keresahan, diulik mimpi fatamorgana lalu...

Apakah kebahagiaan yang diimpikan bisa menjadi kenyataan atau ia sebenarnya sekadar ilusi bersama sisa-sisa dosa?

Adakah mentari pagi tidak akan bersinar lagi setelah senja melabuhkan tirai?

Kemuraman suasana senja mengheret jiwa menjadi suram tanpa cahaya pengharapan?

Ohhh tidak...

Tibanya malam, bertambah gelora hati ini.

Tidakkah aku terfikir senja yang muram, malam yang gelap hanyalah pusingan yang silih berganti dengan siang mentari pagi.

Tidak perlu menghukum diri untuk terus terbenam di dalam selut kemusnahan semata-mata kerana teringat kebodohan diri yang lalu.

Itu adalah permainan Syaitan yang cuba menangguk di air yang keruh. Kejayaan bagi Syaitan tidak dilihat pada kesilapan yang telah kita lakukan tetapi pada kesilapan seterusnya yang berkait-kait sehingga kita lemah dan melupakan pintu rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T yang terbentang luas.

Kuatkan diri meniti kemuraman senja, kerana tiada kuasa yang dapat menghalang kehadirannya dan yakinlah ia pasti akan pergi apabila tiba masanya. Walaupun perginya disambut pula dengan kegelapan malam, namun hiasilah malam dengan ayat-ayat cinta dan butiran manik-manik suci.

Laluilah...

Insya-Allah...
kesabaran, ketakwaan dan keyakinan akhirnya membawa kegirangan tika mentari tiba.

Fahamilah bahawa apabila kita merubah fikiran sebenarnya kita merubah kehidupan,
Fahamilah rintangan paling besar untuk berjaya dan bahagia adalah ketakutan dan ketiadaan yakin diri untuk berubah,
Fahamilah kejayaan hanya untuk orang yang hendak berjaya dan menyiapkan dirinya untuk menerima kejayaan.
Keresahan dan ketakutan sebenarnya wujud dalam imaginasi.

Jangan biarkan ia mengawal diri sehingga kita jauh dari pengharapan yang dinanti,
Hikmah kehidupan perlu dihayati dan diselami,
Hayatilah, selamilah dengan redha-Nya di sisi.

Insya-Allah