Monday, June 14, 2010

BicaraQalby


Duhai kalbu..

Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..

Walau pada haqnya..

amat lancar melontarkan kata-kata..

Dalam kepiluan menerima suratan..

Keredhaan yang utuh dibangunkan…

Tertarah juga dek linangan air mata…

Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Tapi apalah qudrat seorang hamba..

ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..

Sok kuat tiada maknanya seketika..

Hakikat insaniah yang lemah…

Merungkai kebenaran…


Ya Allah yang Maha Kuasa..


Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..

Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah

Natijah disebalik kepayahan..

Rahmat disebalik ujian…

Dan nikmat disebalik musibah..

Kugagahi jua perjalanan ini..

Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..

Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..

Ketentuan dan ketetapan…

Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…

Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..

Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Nuhassilu biha birridho…

Wednesday, June 2, 2010

Perhatian!!!!


[LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege]:

4 Jun 2010 | 2.00 pm | LL4G

Solidarity Demo | After Jumaat prayerLL4G members will gather
infront of Tabung Haji, Jln Tun Razak, KL and will combine with others
from Masjid Jamek and going to US Embassy.

Unite 4 Palestine! Come
Malaysians! Wherever you are, whoever you are, Gazans need your help!!


Tuesday, June 1, 2010

Sakit itu Kifarah...


Alhamdulillah, hari ni masih mampu lagi beramal dan beribadah...Hari ini berlalu seperti biasa...Tiada apa yang menarik selain test pagi tadi dan sekali lagi, aktiviti memasak spagethi...Sekarang, kesihatan mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik...Panas di seluruh badan, migrain yang mungkin datang menyerang...Mujur bekalan ubat masih ada....Sekurang-kurangnya mampu melegakan ana...Sekarang. niat hanya untuk melelapkan mata tapi blog walking sekejap...Meninjau perkembangan semasa dan diari sahabat-sahabat...Alhamdulillah, majoriti sedang mengalami sensitiviti mengenai isu sahabat kita di Gaza...

Berikut, info terbaru mengenai Demo Bantahan:

InsyaAllah demo besar2an akan diadakan Jumaat ini, 4 JUN 2010. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


JOM TURUN RAMAI-RAMAI!!
LET SHOW OUR SOLIDARITY!!