Monday, March 29, 2010

Untuk Ayah

ketika kejauhan masihku ingat hangat kasihmu ayah...
betapaku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku...
terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan bagaikan tiada keresahan...
walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata...
tak pernah sekali kau tinggalkan...diriku sendirian...

ketikaku dalam kedukaan...
kau mendakap penuh pengertian..
disaat diriku kehampaan...
kau setia mengajarku ....
erti kekuatan

terpancar kebanggaan ...
dalam senyummu...
melihatku berjaya...
bilaku kegagalan...
tak kau biarkan...
aku terus kecewa...
dengan kata azimat...
engkau nyalakan semangat...
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan ...
hidupku ayah ...
tanpa engkau disisi...
semua kasih sayang ...
yang kau curahkan ...
tersemat dihati.....

Real...

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesempatan untuk sentiasa beramal dan melakukan ibadah di bumi ini...Tanpa ana sedari, blog ini menjadi diari hidup ana yang kedua..Entahlah, banyak juga kisah ana kongsikan untuk antum semua..

Sebenarnya....Ana tengah menyiapkan segala assmnt yang perlu dihantar minggu ini...Sekarang di library...Merehatkan fikiran sebentar sebelum menyambung semula selepas ini...

Sekarang, ana betul-betul sakit..pening kepala yang teramat...Amat sakit...ana ingin saja menangis di sini..Ana memang sangat memerlukan rehat...rehat yang secukupnya...tapi, jadual ana seperti tidak mengizinkan....

1 - Selasa : Presentation BEL
Hantar report BEL

2 - Rabu : Presentation Channel Management

3 - Jumaat : Presentation web site Internet Marketing
Hantar report IM
Present BLOG nie!!!

4 - Hantar assmnt Sales ( Cosway )

5 - Program MAKNA, Marketeers & PEWANI

6 - Program Desaru...

Ana sangat strees, penat sangat rasanya...kepala yang sentiasa sakit...Ya ALLAH, beri ana sedikit lagi kekuatan...

Ana nak cuti sem....='(

Thursday, March 25, 2010

My sweet classmate story...

~ Jangan click ~

:: Bila kenakalan NAZA terserlah ::

Nak Boleh??

Mengingini, meminati, dan sewaktu dengannya...Macam mana ye ana nak cakap, ana sebenarnya sangat meminati dunia yang melibatkan seni...Tapi, ana sedar dan berhati-hati supaya semua itu tidak melalaikan ana..Just, itu sekadar hobi dan mungkin value added untuk masa hadapan dalam apa pun bidang yang akan ana ambik nanti...Mesti fikir untuk long-term kan...

Kedua:

Atas, adalah kamera kegemaran ana...tapi, belum dimiliki (boleh x macam tu...) Adakah kamera tu satu keperluan untuk ana?? Semestinya tidak, tapi ini berkaitan dengan keinginan dan minat ana...Agak lama ana survey kamera ni, tapi masih belum ada rezeki...My dad said, i must to get DL first for this semester...huh!!! i'm not sure about that...

Wednesday, March 24, 2010

Mengcanting Batik & Ana

Alhamdulillah, satu pengalaman baru tapi dalam masa yang sama mengimbau masa silam...Ana sememangnya sangat sukakan aktiviti yang melibatkan warna...Baru-baru ni ana berpeluang untuk mengcanting...sangat teruja sebenarnya sebab dah lama ana tinggalkan semua tu...( zaman sekolah dulu suka pendidikan seni, tapi bab mewarna je...melukis x pandai...huhu...)

...Purple tetap jadi pilihan...


Mengcanting dengan penuh perasaan...mana tidaknye, sangat jarang dapat peluang macam nie...So, enjoy my self!!! Ana sangat puas hati sebenarnya...huhu...

note : sebelah bunga Adeela A.S...maaf, ana cacatkan sikit bunga deela tu...

Terima Kasih Atas Pertemuan Ini...

Terima kasih ya Allah atas pertemuan ini...Terima kasih atas talian ukhuwah yang baru dibina ini...Terima kasih kerana mempertemukan ana dengan insan yang akan bersama-sama dengan ana di sini untuk terus memperbaiki diri dan terus melangkah walaupun di uji dengan dugaan dan cabaran dariNya...

Alhamdulillah, Adeela A.S ialah sahabat yang baru ana kenal beberapa bulan yang lalu..tetapi kami mulai rapat dan serasi semenjak bersama-sama berprogram di Sabak Bernam baru-baru ni...kami satu course yang sama dan kami juga mempunyai beberapa persamaan yang lain...

Entahlah, ana sangat tenang sekarang...sahabat yang baik akan membantu kita jadi insan yang lebih baik...bersama-sama perbaiki diri..bersama-sama mencari ilmu...untuk mencapai matlamat yang 1...

Sememangnya ada hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini...sekarang, kesedihan yang berlalu, DIA gantikan dengan ketenangan di hati bersama seorang sahabat yang InsyaALLAH akan bersama berkongsi kisah suka duka bersama di bumi UiTM ini...

Ukhuwah Fillah ya Ukhti...
Adeela A.S N Nur'z

KBM Kembali lagi!!!



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, kerana denganNya kerja kami dipermudahkan untuk membawa sekali lagi Program Keindahan Bersamamu (KBM) di bumi UiTM ini...IN-SOFT (Islamic Society Of United Teenagers) bakal mengadakan hujan poster untuk mengajak para mahasiswa semua untuk mengalami pengembaraan Kem ini yang semestinya Sangat Luar Biasa!!!

:: Ayuh sertai kami ::

Tuesday, March 23, 2010

Amarah!!


Kes buang bayi semakin menjadi-jadi..Mana perginya nilai kemanusiaan, keprihatinan dan kasih sayang?? Apakah manusia sudah jatuh maruahnya ke taraf bina***g?.. sedangkan binatang pun sayangkan anaknya!

Inilah keadaan mayat bayi perempuan ketika ditemui yang masih bertali pusat. Penuh dihurungi semut. Ditemui di atas lantai di tepi pintu pagar Masjid Jamek Kampung Permatang Duyong, Melaka beberapa hari lalu.

Dosa itu milik 'ibu dan bapanya' tetapi kenapa mesti bayi ini yang menjadi mangsanya?

Naluri keibuanku tersentuh. Sedih, sedih, sedih.
Pada masa yang sama, terasa semakin berat amanah yang terpikul untuk menyusun langkah untuk mendidik, membenteras, membimbing dan memulihkan..
Itu tugas kita semua sesungguhnya.

"Wahai si comel yang tidak berdosa, walaupun tempatmu di dunia ini hanyalah di tepi pagar masjid, namun di akhirat nanti tempatmu pasti di syurga firdausi.

Ketika itu 'ibu dan bapamu' tidak boleh ‘cemburu’ , kalau hanya boleh melihat kelibatmu …DARI CELAH PINTU NERAKA!!!"

YA ALLAH..Ampuni kami semua yang sering lalai dan leka.


Sunday, March 21, 2010

Dinner Part 2

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan dan masih diberikan kekuatan untuk bekerja...seminggu dua ni ana agak sibuk dengan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera....agak kepenatan tapi alhamdulillah moga DIA permudahkan...Ana sebenarnya tidak berniat untuk teruskan story mory mengenai Dinner marketeers ni, tapi atas permintaan ramai ( Cish!! ) dan dalam masa yang sama untuk mencapai target posting yang telah diberi oleh lecturer ana kerana seperti yang telah ana maklumkan terdahulu, blog ini juga ana gunakan untuk subjek IM (Internet Marketing)...jadi, ana teruskan penceritaan ini...

Atas adalah hasil kerja yang tidak seberapa yang telah ana lakukan untuk poster Dinner tersebut..urmmm...Hujan poster telah berlaku dan alhamdulillah, sambutan pelajar untuk hadirkan diri untuk program tersebut amat menggalakkan...

~ Nantikan sambungan seterusnya ~

Wednesday, March 17, 2010

Dinner part 1


Alhamdulillah....segala puji hanya untuk-Nya kerana membantu kami memudahkan urusan dalam merangka,merancang dam melaksanakan majlis yang diadakan pada 15/Mac yang lepas...

Berikut beberapa kronologi perjalanan program kami...perkongsian ini sengaja ana adakan supaya pembaca yang lalu lalang di blog ana sedar dan faham kerana bukan mudah untuk kami bekerja untuk menjayakan majlis berkenaaan...Semata-mata untuk anda semua...Adakah objektif majlis ini berjaya?? Tanyalah diri anda sendiri kerana anda lebih layak menilai kerana ana sememangnya tidak mampu menduga naluri kecil anda itu...Apa yang penting, dari pihak ana, ana sangat berpuas hati..Ana melihat dari sudut yang berbeza...Betapa ana sangat kagum dengan ketabahan,kesabaran dan kepayahan sahabat-sahabat dalam menjayakan majlis yang mungkin dari pandangan anda tidak seberapa...Tapi, bagi ana ia lebih dari itu...Anda fikirlah dari perspektif dan naluri yang tulus...


:: Gambar ketua projek ::

Ana sangat kagum dengan ketabahan dan kesabaran ketua projek ni...kredit cemerlang memang layak baginya...kerana ana lihat sendiri betapa kerisauan sentiasa ada sepanjang kami bermeeting atau berbincang...betapa juga dia tabah tak kala ada kata-kata yang mungkin menjatuhkan keyakinan dan semangatnya...Walau apa-apa pun, Dia memang mampu buktikan dia boleh memimpin..

:: Gambar ketua Deco ::

K.Aishah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk meng"Deco"kan DSP supaya dapat menghidupkan elemen Merah Hitam...Yah, memang berjaya sebenarnya..Dan disini juga ana menegaskan kami berhempas pulas untuk memastikan budget tidak melebihi RM250 seperti yang telah diperuntukkan...selama 2 hari k.Aishah berkampung di rumah ana untuk menyiapkan segala keperluan, dan memcari pelbagai idea untuk mengdecorate DSP nanti...Kalau anda hendak tahu selama 3 hari berturut-turut kami berusaha untuk menyediakan segala peralatan..hampir 1 segamat kami jelajahi, dan butik-butik untuk menyewa beberapa peralatan yang diperlukan...nampak mudah bukan,tapi tidak bagi ana yang bersama-sama mereka bekerja...


:: Gambar YDP dan Naib Bandahari ::

Alhamdulillah juga kerana kami mempunyai YDP yang cukup baik dan sebenarnya ana perasan dalam diam dia juga seorang yang sanggup berkorban...Bayangkan selama 3 hari kami keluar "bekerja" dia sentiasa bersama-sama kami..bergerak dan bekerja walaupun pada hakikatnya dia boleh je kalau hanya duduk di rumah dan berehat-rehat kerana dia adalah ketua...tapi, YDP ini tidak...disini mungkin ana patut menyatakan rasa terima kasih yang teramat bagi pihak Merketeer's...

K.Shafikah adalah naib bendahari...pembantu setia K.YMY...ana masih ingat lagi tak kala ana sangat teruja dengan hasil kerja yang telah meraka hasilkan...doorgift, hadiah VIP dan sebagainya...Disini juga ana ingin memperkenalkan rakan kerja bersama dalam menyiapkan keperluan itu..antaranya ZATI,NAZA dan mungkin beberapa orang lagi yang mungkin di luar pengetahuan ana....Semua ini mereka lakukan semata-mata untuk Anda, untuk nama Marketeer's dan yang penting itulah tanda unite kami dalam bekerja...

:: ME!!::

Ana sangat bersyukur kerana segalaNYA dipermudahkan..memang itu doa ana..kerana dengan keikhlasan bekerja bersama yang akan memberkatkan usaha kami...memang bukan mudah...sangat bukan mudah...Objektif ana berkongsi cerita ini adalah mungkin inilah yang ana mampu lakukan untuk menghargai usaha sahabat-sahabat ana sekalian...Berpenat dulu kerana dengan penat itu akan menghasilkan sesuatu yang tidak kita sangkakan....Hanya mereka yang bersama saja akan memahami maksud ana ini...Yakinlah...kita telah lakukan yang sehabis baik...Atas nama persahabatan, atas nama Marketeer's...

Nantikan cerita seterusnya...

Sunday, March 14, 2010

Hari Di Belakangku..

Sebenarnya sudah lama ana ingin kongsi kisah ana ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop ana buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya ana nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati ana bagai ditarik-tarik untuk menulis.Ana sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Ana bimbang jika makin ana pendam,ana akan makin tersiksa dalam dunia ana sendiri. Doa ana semoga Allah ampuni ana atas segala apa yang ana lakukan ini. Apa yang akan ana coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman ana sendiri. Ia hadir dari lubuk hati ana sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. ana tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada ana.

Kisah ini ana ceritakan supaya apa yang ana lalui tidak berlalu begitu saja tanpa ana kongsi dan tanpa ana rekodkan sebagai panduan bagi diri ana untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu ana berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama. Ana juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati ana ini sepi dan tidak pernah ana isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya ana bertemu dengan seseorg.

Pertemuan ana dan dia terjadi sewaktu ana mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , ana ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan ana tidak menduga akhirnya ana mula jatuh cinta dengan dirinya. Ana sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu ana sendiri yg berikan padanya kerana pada ana dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara ana dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati ana. Ana senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman ana mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara ana itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan ana akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi ana. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada ana ialah, syaitan telah buat ana pandang baik pada perkara buruk yang ana lakukan. Memang pada mulanya niat ana baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat ana terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik ana itu tidak pernah menghalalkan cara ana. Selama hampir setahun ana leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya ana menyedari kesilapan yang telah ana lakukan ini. Ana terlalu asyik dengan cinta ini sehingga ana terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, ana rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Ana telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak ana telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi ana tahu yang ana telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Ana panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada ana dan ana kembali menyedari kesilapan yang ana lakukan. Silap ana kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya ana begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Ana seharusnya sedar pada siapa harus ana lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.

Terus-terang ana katakan yang ana jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya ana tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi ana.

Ana mengaku, ana sering kali terluka dan ana sebenarnya tidak kuat
untuk melakukan itu , tapi ana perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Ana terpaksa berperang dengan hati dan perasaan ana sendiri.

Sewaktu ana mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan ana berfikir sejenak bahawa wajib bagi ana berperang dengan perasaan ini. Ana tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara ana dan dia telah ana simpan. Gambarnya yang ana simpan secara curi-curi, dairi ana yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang ana simpan dalam buku, ana simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang ana pegang dan bawa kemana-mana saja , ana tidak tegar
untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna hijau itulah yang banyak memuhasabah diri ana. Kerana Al-Quran itulah ana akhirnya sedar akan segala kesilapan ana. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu
untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya dan alhamdulillah ana sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah ana yakin dia bahagia sekarang kerana doa ana
untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara ana dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud ana putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat ana dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada ana bahawa ini yang terbaik dan ana terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati ana dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada ana di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Ana tahan keinginan di hati ini kerana ana yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi ana. Semoga satu hari kelak ana akan berjumpa dengan “putera agama” ana yang akan dapat menambahkan lagi cinta ana pada Illahi.

Ingin Pergi...

Pertama:

Alhamdulillah...sudah seminggu rasanya ana meninggalkan dunia blogger...Banyak perkara ana fikirkan mengenai penggunaan blog ni..Ada orang menggunakan blog untuk melepaskan perasaan, ada orang gunakan blog untuk perkongsian, ada orang juga yang salah gunakan blog untuk tujuan-tujuan tertentu....Tapi, bagi ana alangkah bagusnya sekiranya ana mampu menggunakan blog ini sebagai tujuan dan gerak kerja dakwah..Mampu tak ana yah? Bersamalah kita menanti hasil tranformasi blog ana nanti...

Kedua:

Pertama tiada kene mengena dengan tajuk di atas...Tapi, kali ingin ana ingin kongikan impian ana selama ini...Ana bercita-cita untuk keluar sementara dari Malaysia...Ana ingin merantau ke negara orang..ana ingin lupakan semua perkara yang pernah terjadi di Malaysia...kenangan yang menguris hati, meruntuh jiwa..Kerana memang itu impian ana...ana INGIN PERGI...

ketiga:

Kepada anda yang berkenaan, terima kasih pada semua andaian, tohmahan, dan penafsiran anda pada diri ana ini...Nampaknya, anda lebih mengenal diri ana lebih dari diri ana sendiri...Ana seorang yang tidak pernah akan ada rasa kecewa dengan manusia, kerana ana mempunyai DIA yang amat ana cintai dan ana hanya mengharapkan DIA dalam setiap perkara...

p/s: Kembalilah merenung diri..bermuhasabah...

Saturday, March 6, 2010

Kifarah mungkin...(2)

Diri ana kembali tidak sihat...YaALLAH, kenapa dengan diri ana sejak kebelakangan ini?? badan terasa sakit...pening yang kadang kala datang menyerang secara tiba-tiba, nafas yang seperti tidak cukup untuk mengaktifkan badan ana...

Ana sangat jarang sakit, tapi sekarang keadaan seperti berubah...YaALLAH, biarlah ini menjadi kifarah...

Esok berprogram..Ini Sejarah Kita..moga ana dapat fokus dengan baik...

Kenapa diri ana...

Alhamdulillah, syukur diatas semua yang diperoleh sekarang...malam nie entah kenapa tenggelam dan hanyut bersama memori yang telah lama berlalu...saat menaip posting ini, ana masih lagi bersama air mata...sangat mudah untuk ana merasa betapa iman ana semakin berkurangan...ana sendiri sangat rindukan kemanisan iman...

Saat merefresh/ bermuhasabah, ana termenung seketika... betapa sedihnya ana bila teringat dosa-dosa yang telah ana lakukan...adakah ana sudah jalankan tanggungjawab ana dengan sempurna? adakah ana seorang sahabat yang tidak pernah menyakiti hati sahabatnya? adakah ana seorang yang tidak berpegang pada amanah? dan segalanya... ana sedih...sedih sangat-sangat kerana sudah lama ana sembunyikan perasaan ini dalam hati ana...

Mungkin di luar ana masih lagi mampu tersenyum, gembira dan seperti tiada sebarang masalah....tapi sebenarnya ana melangkah dengan perasaan yang sangat sayu...ana sedih..dimana perginya kemanisan iman yang ana rasa dahulu? ana pandang di sekeliling ana...ana cuba merasai "KehadiranNYa" supaya hati ana kembali tenang...

Sungguh, ana rindukan perasaan itu...mungkin kerana kelalaian diri ana sendiri..(Kesedihan yang teramat...maafkan ana Ya ALLAH...)

Friday, March 5, 2010

Not afraid...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I'm not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
And now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay-she was in love
They brought her in, told her she's the number one pick
"You got the job, but you gotta lose the outfit"

This is a tough position that you put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resistin
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour

One day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when their jokes're cracking
Never see me cursin’ with my pants saggin’
I aint running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, by the peers they know
But I aint gonna run, I aint scared no more

These sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With the help of Allah I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Wednesday, March 3, 2010

Ada ana Kisah?

Mungkin entry kali ni agak lah "senget" kerana masih lagi mencari-cari makna sebenar kata-kata seorang sahabat ana nie...

Si dia : Perghh...islamiknye blog Nur...x tahan...
Ana : Secara selamba... (ada Nur kisah!!!...) It me...
Si dia : Orite.. u r rite...It u...
Ana : huh!!! malas nak layan...

Kesimpulannye, ana sangat lah x faham...huh!! ^_~!

Tuesday, March 2, 2010

My World!!


If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm


If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret

If anyone hurts my heart I will stay calm and pray
If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay

If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart

If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite

And

if anyone needs my help I will lend my hand and do the best
I care for everyone's feeling and desire.

Diam Ubi..

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda :

"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :

"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:

"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :

"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"



Rindu Aina...


Rindu sangat dengan Aina...
^_^!!!

Moga Aina menjadi muslimah sejati...
Moga Aina sihat dan ceria sentiasa...

Ana sangat rindukan rumah sekarang..h0h0..homesick kah ini?? Hopefully perasaan ini segera pergi...

Jauhkan ana...

Alhamdulillah..sejak akhir-akhir nie tetiba banyak perkara yang ingin ana kongsikan bersama antum di sini...sekadar berkongsi pengalaman, berkongsi pendapat dan boleh juga sekadar renungan...

Dalam ana menggalas tanggungjawab yang telah diberikan, ana sejujurnya sangat risau dan takut..takut kerana ana sedar, ana akan dipersoalkan dengan amanah yang telah diberikan itu oleh DIA...tidak kiralah amanah itu untuk gerak kerja dakwah, persatuan dan lain-lain...selagi ia dikatakan amanah dan tanggungjawab...

Ana sedar, amanah dan tanggungjawab itu bukan untuk dibanggakan...bukan sebagai pengukur tentang diri ana....pendek kata bukan segala-galanya....cuma, amanah dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan berlandaskan SyariatNYA dari segala jenis aspek...pastinya ia bukan untuk dibanggakan..jauh sama sekali...

Setiap hari, kebimbangan itu ada...takut sekiranya ana tidak mampu menjalankan tanggungjawab itu dengan baik...ana tidak kisah dengan pandangan manusia, tapi ana takut penilaian dariNYA...

kedua:
Antara program ana yang menanti:

- Mitek ( 3 - 5hb/3/2010 ) - I
N-SOFT
- Program Ini sejarah Kita (ISK) ( 7hb/3/2010 ) - Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
- Dinner Marketeer ( 15hb/3/2010 )
- Muhibbah 1Malaysia (16 - 18hb/4/2010 )

Ketiga:

"YaALLAH, permudahkan urusan kami, berkatilah program kami ini...redhailah kami yaALLAH...jauhkan kami dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaanMu dan menjauhkan kami dari rahmatMu...Engkau lah sebaik-baik tempat berserah dan berTawaqal...YaALLAH, engkau eratkanlah ikatan hati kami semua melalui program-program ini...Bantulah kami dalam melancarkan urusan kami dalam berprogram...Kami sedar, tanpa bantuan dariMu, kami tidak berdaya untuk melakukan urusan ini..."



Monday, March 1, 2010

Kifarah mungkin..

Alhamdulillah...diuji dengan nikmat sakit...sakit kepala yang teramat...kadang kala menghalang ana untuk bergerak aktif...3 hari demam..sakit dada dan kadang kala sukar untuk bernafas...

Ya ALLAH, berilah ana kekuatan...kuatkan semangat ana...masih banyak tugasan yang belum selesai...berilah nikmat dan kecukupan rehat walaupun hanya sebentar...

:: Fahamilah diri ana, ana juga seorang pelajar..berilah ruang untuk ana berehat walaupun cuma sebentar ::

fikirlah..

Alhamdulillah..syukur yang sememangnya tiada henti...setiap detik nadi ini berdenyut, setiap kali diri ini bernafas...2 3 hari ini, ana sekali lagi menyendiri...menyendiri untuk mengelak dari bertemu dengan seseorang yang mampu membuat ana beremosi...menyendiri untuk mencari jalan penyelesaian...menyendiri mengumpul kekuatan dan semangat untuk melangkah..

Disini ana ingin berkongsi sesuatu..apakah erti pengorbanan, keikhlasan dan perjuangan yang sering kita bicarakan dari sudut pemahaman diri antum sendiri??

Kita bicara tentang pengorbanan..tetapi pengorbanan apakah yang antum lakukan dan apakah yang antum faham tentang pengorbanan itu?? Pernahkan antum terfikir tentang diri sahabat kita yang mungkin sangat memerlukan kita dikala kita disibukkan dengan urusan sendiri...pernahkah kita mengorbankan perasaan kita untuk membaiki keadaan walaupun kita di pihak yang benar...

Kita sering kali berbicara tentang keikhlasan..tapi, keikhlasan apakah yang kita faham?? kenapa perlu berduka dan sedih sekiranya setiap yang kita lakukan seolah-olah tidak disedari insan lain...kenapa keikhlasan itu diwar-warkan kepada orang lain..bukankah lebih elok, sekiranya keikhlasan itu hanya kita dan DIA yang mengetahui...

Kita berjuang..tapi perjuangan apa yang kita juangkan...perjuangan jenis apa yang kita dambakan...fahamkah kita tentang matlamat perjuangan kita...fahamkah kita apakah yang penting dalam sebuah perjuangan...mampukah kita berjuang sedangkan diri kita masih melakukan kesilapan yang secara luarannya kita sedar...

:: Astargfirullah...semuanya muhasabah kepada diri ana sendiri :: Fikir-fikirkan lah wahai insan yang bergelar pejuang...