Sunday, January 31, 2010

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Sahabat-sahabat dan semua yang membaca blog ana, disini ana memohon antum (anda) semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik sahabat ana Nazariah yang telah kembali ke rahmatullah selepas bermain bola
31/Januari/2010...

Mohon doa seikhlas hati dari antum semua...Mohon doa juga moga keluarga sahabat ana sentiasa memperoleh kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini...

Syukran dan moga kebaikan yang anda lakukan mendapat balasan dariNya..

'Ya Allah, hambamu ini memohon kepadamu Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada sahabat ana dan keluarganya...Engkau tempatkan arwah dalam golongan yang baik, engkau cucurilah rahmat kepadanya...Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha penyayang, lagi Maha Mengasihani'

::setiap jiwa akan merasai mati::

Saturday, January 30, 2010

NurCahaya

Malam ni ana sukar melelapkan mata...fikiran terasa seperti di awang-awangan..seperti kosong...kekosongan yang ana sendiri tidak tahu...sebenarnya ana sangat penat selepas balik dari keratong, tapi entah kenapa mata sukar lelap..

Ana mula mengeledah dan menyelongkar khazanah-khazanah yang ada dalam laptop..beberapa bahan tazkirah ana baca..ana fikir mungkin hati ana kosong kerana tiada pengisian..tapi, tekaan ana meleset..ana masih terasa kosong...akhirnya ana membuka mymusic dan memcari lagu-lagu yang ana rasa best...akhirnya ana mengambil keputusan memasang lagu-lagu nyanyian Maher Zain...

Subhanallah...ana betul-betul menghayati lagu-lagu tersebut especially "OPEN YOUR EYE".. ana seperti terpukul dan tertampar..lagu-lagu yang menyentuh hati ana...ya, ana sudah tidak merasa kekosongan tadi...ana faham, rohani ana perlukan pengisian juga..bukan hanya fizikal...ana terlupa, mungkin ana terlampau bersuka ria tanpa ana sedar, rohani ana semakin menipis..Maaf Hati..Maaf Iman..Maaf kerana lupa dan leka...Alhamdulillah, kekosongan yang ana rasa tadi rupanya "signal" untuk ana merefresh diri ana...

Sekarang ana dah meletakkan lagu dan video Maher Zain..ana menganggap lagu juga merupakan peranan yang penting untuk membantu untuk menyedarkan kita...tapi, pilihlah lagu-lagu yang mempunyai lirik lagu yang baik dan bermakna...Harap sangat anda semua meluangkan masa mendengar lagu-lagu tersebut...Rasalah apa yang ana rasa...

Entahlah, kadang kala ana merasakan keseronokan duniawi tidak berjaya membeli jiwa ana..ana gembira dari luaran orang melihat ana sentiasa tersenyum dan ketawa...tapi, kadang kala ana lost..ana kosong..ana sunyi...kerana duniawi belum tentu memberi jaminan kebahgian di hari kemudian...

Untuk anda yang membaca posting ini...inilah diri ana..Nur Yang Tersendiri..masih banyak rahsia diri yang disimpan..masih ada matlamat yang belum tercapai...

::Nur Yang Tersendiri, selamanya sebegitu::


Siaran Langsung Dari Keratong 3

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, masih lagi diberi pinjaman pancaindera dan masih lagi mempunyai nikmat terbesar, Imam dan Islam...

Hari ini ana berpeluang untuk pergi ke Majlis Kesyukuran untuk baby Aleya Batisya..anak angkat sahabat ana. Subhanallah, batisya semakin comel.. seingat ana, hari terakhir ana berjumpa dengannya ketika berumur sebulan lebih...ketika tu, masih merah lagi...sekarang nampak dah semakin comel dan putih...sayang batisya MyEm0.Com


sebenarnya ana sangat suka budak-budak MyEm0.Com...perwatakan dan natural dan tulus...ana sangat senang dan tenang ketika bersama kanak-kanak kerana ana merasakan mereka itu sangat suci dan masih mempunyai hati yang bersih...

Kedua:MyEm0.Com

Ana sebenarnya baru kali pertama pergi menyaksikan majlis cukur jambul dan kenduri kesyukuran..sedikit excited sebab ana anggap ini pengalaman baru...ana sangat tertarik dengan tazkirah yang diberikan oleh sorang mak cik ni..mengenai kesilapan berwuduk sebelum solat...sebenarnya solat kita dikira dengan bagaimana cara wudhuk kita...kalau sempurna wudhuk kita, insyaALLAH sempurna juga solat kita...ana terfikir, agaknya berapa kalikah solat ana diterima?? Kerana ana sedar solat ana kadang kala tidak khusyuk dan ana akui juga untuk betul-betul khusyuk itu sangat susah...pernah ana cuba untuk khusyuk tetapi masih belum berjaya..tapi, apa yang lebih penting, untuk menentukan solat kita diterima atau tidak, itu adalah urusan DIA..hanya DIA yang maha mengetahui dan maha menerima...

Ketiga:

Sebenarnya banyak sangat peristiwa yang berlaku hari ini..bermula dari keluar dari rumah sehinggalah sampai di rumah semula...semuanya boleh anda baca di sini...

Keempat:

Aktiviti wajib dan slot yang sengaja kami reka sendiri ialah slot bergambar...adoi!! masing-masing sensitif kamera...ana cuba mengawal keadaan dan diri ana..masih ada batas-batas yang ana cuba untuk jaga...tapi apa yang penting, ana seronok bersama-sama sahabat ana...Shykin, shera dan Nor...Moga Persahabatan ini kekal selamanya...MyEm0.Com


Thursday, January 28, 2010

Mencari Keseimbangan...

Assalamualaikum...

Inilah mood ana sekarang...cuba bermujahadah dalam pelbagai perkara...ana sebenarnya sangat terkesan dengan maksud ayat di atas..

"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya...(84:6)"

Dalam menjalani kehidupan kita seharian, sebenarnya membenarkan kita beribadah 24jam..ana berkata sedemikian kerana sekiranya setiap pekerjaan yang hendak kita lakukan, sekiranya mempunyai niat yang betul dan ikhlas, InsyaALLAH ia akan dikira sebagai ibadah..hatta membuang ranting kayu di jalanan...

Begitulah DIA..Maha pemurah dan penyayang...tetapi, peringatan ini ana tujuan kepada diri ana sendiri dan ana kongsikan kepada anda semua...dalam seharian kita bekerja dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar, berapa kalikah kita membawa "DIA" di dalam tindakan atau hati kita...sebenarnya ana sendiri sering lupa, dalam setiap derap langkah kita, DIA pasti mengikuti dan memerhati tanpa terlepas 1 saat pun...tapi, ana sering terlupa mengenai hakikat itu...sering kali ada tindakan yang tidak wajar mungkin ana lakukan...



D' Marketeers

:: click MyEm0.Com untuk tambah tumbesaran::

Salam semua...


Untuk pengetahuan semua, blog ini akan ana "pinjamkan" sementara untuk subjek IM (Internet Marketing) yang memestikan kami mempunyai blog sendiri...disebabkan ana sudah lama mem'create' blog ini, ana mengambil keputusan untuk meneruskan blog ini untuk penggunaan subjek ana berkenaan...

Asalnya ana ingin membuat 1 lagi blog khas untuk subjek berkenaan, tetapi disebabkan 1 email untuk 1 blog, ana batalkan hasrat berkenaan. lagipun agak payah ana meng'update' 2 blog dalam 1 masa...jadi, kepada pembaca maya sekalian, janganlah terkejut sekiranya blog ini huru hara seketika...InsyaALLAH, usaha menaiktaraf blog ini akan dilakukan tidak lama lagi...mungkin ana akan me'label'kan posting supaya lebih spesifik...

sebenarnya, iklan di atas ialah untuk mempromote event D'Marketeers yang akan diadakan tidak lama lagi....Family Day D'Marketeers adalah program yang dirangka oleh exco-exco tertinggi kelab berkenaan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan pelajar lama dengan yang baru dan berkenal-kenalan...

Mohon kepada sesiapa ahli D'Marketeers yang lalu lalang di blog ini menge'save' dan menge'post' iklan ini di blog masing-masing...Inilah masanya kita gunakan pendekatan teknologi untuk mempromote aktiviti kita dan berusaha mencapai objektif online advertisement...

:: Nantikan hujan poster program berkenaan di kampus nanti::

Wednesday, January 27, 2010

Peringatan!!

R U Addicted??

1) Kerap meng"ecek" blog status berulang kali.

2) Lebih tertarik untuk mengamati naik turunnya statistik pengunjung blog anda daripada naik turunnya harga barang dan harga minyak

3) Sentiasa mengaitkan semua benda dalam dunia ni dengan blog atau dalam kata lainnya ’mental blog’.

4) Apa yang terjadi pada diri anda, anda terus terfikir utk membuat posting baru di blog.

5) Mula berangan-angan, alangkah baiknya kalau ada satu machine yang mampu mencatat segalanya difikiran anda. Hanya tinggal copy n paste je kat blog, tak perlu lagi nak taip.

6) Bila berjumpa dengan seseorang yang menarik perhatian anda, perkara pertama yang ingin ada tanyakan padanya ialah, ”Ade blog tak?”

7) Sentiasa berkeinginan nak promote blog dimana-mana sahaja anda berada

8) Memiliki lebih banyak teman blogger daripada teman di dunia nyata

9) Saat hendak melelapkan mata, gambar ‘dashboard’ di blog anda seperti tak mahu hilang dari pandangan

10) Sering dihantui mimpi buruk bahwa blog anda mendapat 1000 komen spam

11) Kegiatan pertama saat bangun tidur di pagi hari adalah terus mengecek apakah ada komen baru di blog

12) Sering bermimpi bahwa anda sedang ber-blogging dengan riang

13) Tertawa saat membaca ciri-ciri ‘blog addict’ yang tersebut di atas.

14) Anda menulis sebuah tulisan tentang ‘blog addict’ dan bagaimana mengetahui ciri-ciri ‘blogg addict’

16) Menyedari bahawa bahayanya ‘blog addict’ ini, dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menulis artikel ini untuk memberikan informasi pada potential ‘blog addict’ lainnya

TANDA-TANDA INTERNET ADDICTED

Mas kawin yang bakal anda minta di hari pernikahan adalah set komputer dan modem. Tunai!

Bel di rumah anda bertulis “Click here to continue”

Pintu bilik mandi anda bertulis “This site contains Adult Material, please verify your age”

Anda sering bertanya kepada abang posmen yang menghantar surat apakah ada email baru untuk anda hari ini

Mimpi anda selalu bermula dengan http://www.


Anda menggunakan search engine untuk mencari adik-adik anda yang tidak pulang ke rumah menjelang senja

“Unable to locate your server!” kata anda ketika menerima panggilan wrong number.

Suara dengkuran anda seperti mirip suara Handshake modem.


Anda susah menggerakan jari anda karana anda sudah online selama 36 jam.

Ketika kenderaan anda bergeseran dengna kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.

Ibu anda akan meletakkan note di atas monitor anda untuk mengingatkan sesuatu kepada anda.
Anda memperkenalkan diri sebagai:
yourmail@yahoo.com, yourmail@gmail.com… atau http://yourblog.blogspot.com

Ketika hidup anda mengalami tekanan, anda akan sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.

Anda akan membaca entry ni sampai habis..^_^

Tuesday, January 26, 2010

Kembali mencoret...

Alhamdullah, rasanya hampir berbulan-bulan ana tinggalkan teratak ini. Habis bersepah dan berhabuk...maaf kepada semua yang meng"follow" ana..tiada perkembangan di blog bukan bermakna tiada kisah yang menarik..bukan bermakna hidup ana kosong dan tiada kenangan menarik...tapi, belum menjumpai masa yang sesuai

Tahun 2010, nombor yang sangat menarik dan ana masih sedikit janggal menulis tarikh tersebut...selalu tersasul dan tersasar ketika menulis tahun berkenaan.. mana tidaknya, selalunya kita laju menulis 2001 sehingga 2009..sekarang semuanya telah berlalu...tiada lagi 200+ yang perlu ditulis lagi, semuanya akan bermula dengan 201+...biarkan nombor atau tahun yang ana coretkan ini sangatlah kurang penting dan isu yang kecil, tetapi bagi ana ianya sangat signifikan...bak kata ex-pengarah kampus ana "Kecil tapi Signifikan"....senarionya ana gambarkan seperti ini...tanpa kita sedari, tahun berubah dengan pantas, tapi ana lebih suka bertanya pada anda semua, apakah yang kita lakukan dalam tempoh berlalunya tahun atau masa itu?? anda jawablah sendiri.

Kedua...

apa yang ana coretkan hari ini, tiada kena mengena dengan perkara di atas...itu cuma sedikit mukadimah atau sedikit perkongsiaan yang ana rasa setiap malam ana fikirkan.

Ketiga...

Apa yang menarik untuk tempoh sebulan yang telah berlalu ini...urmmm...first, ana cuba senaraikan beberapa "perkembangan" ana...

a) Ana dah ada feedbook...haha...entahlah, ana masih cuba memahami fungsi FB tu...tapi, sangat menarik untuk perkongsian maklumat...
b) Ana dilantik untuk memegang jawatan NYDP kelab IN-SOFT (islamic Society of United Teenagers)...
c) Ana dilantik S/U D' Marketeers...
d) Ana dilantik S/U Kelab Muhibbah (untuk pelajar sabah sarawak...
e) etc...

Gila Jawatankah Ana?? Tidak...bahkan semua itu merisaukan ana. kenapa? Kerana ana yakin, memegang apa-apa jawatan pastinya ada tanggungjawab dan pastinya juga ana akan dipersoalkan mengenai sejauh mana ana melaksanakan tugas itu suatu hari kelak...Ana bukan jenis yang meminta tapi ana juga bukan jenis orang yang tahu erti menolak sekiranya tenaga ana diperlukan...Apa yang penting tiada apa yang perlu ana banggakan dengan jawatan itu, kerana yang penting jawatan sebagai 'seorang hamba dan khalifah itu yang ana utamakan' walau apapun, ana cuba jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu dengan baik..insyaALLAH...

Keempat...

Pelajaran ana adalah yang utama dalam kehidupan ana. itu tanggungjawab ana sebagai seorang pelajar, anak, dan hamba... Dalam ana berpersatuan atau berorganisasi, ana cuba menguruskan masa ana sebaik mungkin tanpa berat sebelah...ini bermaksud...

Berpersatuan/ Berorganisasi + Pelajaran dan Keputusan yang baik = kejayaan yang ana impikan...

(bersambung)...







Sunday, January 10, 2010

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..